Masa den cari hotel yang available untuk ditempah di sekitar kawasan Desaru nih, tak banyak pilihan yang ada di Agoda dan booking.com. Den tak pasti kalau pada tarikh tersebut, dah banyak hotel yang telah sold out atau sememangnya di Desaru tak banyak hotel.

Nak walk in tak berani sebab takut semua hotel fully booked sebab cuti sekolah kan, makanya den booking la hotel ni sebab hotel ni yang nampak semenggah dan review pun okay walaupun harganya agak mahal RM 178 huhuhuhuhu. 

Ingatkan ada pool sebab dalam gambar macam ada pool tapi tuh rupanya di Aman Sari Residence huhuhuhuhu.

Hotelnya memang bersih dan selesa.

Di depan hotel ada kolam air pancut yang mana menjadi port untuk anak-anak den melepak. Walaupun tiada ikan dalam kolam air pancut tuh, tetap la jua anak-anak suka tengok air pancut tuh.
Kalau den cakap diaorang boleh celup kaki dalam kolam ni, mau la diaorang terjun terus mandi dalam kolam air pancut ni

Lobi sangat luas. Ruang menunggu di kawasan lobi menyediakan banyak sofa untuk kita duduk melepak. 

Bilik sederhana besar. Just nice untuk family of four macam kitaorang. Semua kemudahan asas macam televisyen, pendingin hawa, pengering rambut, peti sejuk mini, cerek, etc disediakan.


Bilik air pun sangat okay.

Hotel ini menyediakan perkhidmatan lif.

Bayaran RM178 semalam tuh datang sekali bersama breakfast for 2. Untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas kena bayar RM 15 tapi dah rezeki F, dia tak dikenakan bayaran pun.

Breakfast disediakan di Pine Café yang agak luas, den rasa boleh memuatkan dalam 60 orang sekaligus.

Breakfast buffet spread adalah sederhana. Ada nasi lemak, mee goreng, sosej, roti bersama aneka jem, salads, bubur dan yang paling penting ada cereals yang biasanya menjadi kegemaran kanak-kanak.

Kelebihan hotel ini adalah ianya terletak berdekatan dengan SKS Mall dan deretan rumah kedai. Boleh je berjalan kaki ke SKS Mall nih walaupun memang akan agak berpeluh ketiak sedikit.

Yang kurang sikit tentang hotel ini adalah kawasan letak kereta di perkarangan hotel ini sedikit. So kitaorang terpaksa letakkan kereta di deretan rumah kedai yang ada berdekatan hotel. Jenuh juga la nak menapak.

3.5 stars from me.

0 Comments