Gamaknya excited bebenar nak menghadiri program setengah hari ni, pukul 9 pagi den dah sampai kat Cititel Hotel Midvalley tuh pada hal pendaftaran dimulakan pada 9.30 pagi dan program bermula pada 10 pagi.

Program yang berlangsung dari 10 pagi hingga 1 petang melibatkan penerangan tentang program kepada ibu bapa di bilik A dan aktiviti kepada kanak-kanak yang hadir di bilik B.

Dalam lebih kurang 15 keluarga ibu bapa yang hadir, 2 pasang ibu bapa India, seorang bapa dari Sudan yang bertugas di Gombak, den seorang Melayu dan majority yang lain adalah Chinese parents.

Penerangan program Wynkids tadi memfokuskan kepada objektif untuk unlocked the potential and fire inside our kids berdasarkan games based methodology.

3 aspek utama yang menjadi kunci utama silibus Wynkids adalah attitude + mindset, academic + study techniques dan communication +social skills.

Program attitude + mindset akan menjadikan kiddos mempunyai positive attitude, more driven and concentration. Untuk mengubah attitude mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menjadikannya habits atau amalan hidup.

Program academic + study techniques akan dilaksanakan melalui mind mapping, time management dan memory techniques. Dinyatakan tadi di dalam taklimat sekiranya anak kita berjaya mendapat teknik belajar yang betul, in sya Allah dia boleh survive tak kisah berapa kali silibus pendidikan bertukar.

Program communication + social skills akan memfokus kepada self confidence, teamwork skills dan public speaking.

Program dibahagikan kepada 3 kumpulan di 11 cawangan Wynkids di Malaysia iaitu 7 - 9 tahun, 10 -12 tahun dan 13 -17 tahun.

Kemasukan pelajar hanya 2 kali setahun iaitu pada Jun dan Disember.
Kelas bagi tahun 2018 akan diadakan selama 2 jam setiap hari Sabtu atau Ahad (bergantung kepada hari yang kita pilih).

Program akan berlangsung selama 1 tahun.

Program akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Berdasarkan penerangan selama hampir 3 jam tuh, den dapat simpulkan bahawa pendekatan yang dibawa oleh Wynkids ada yang lebih kurang sama dengan pendekatan KinderKaizen dan SriAria School especially pada focus group 7 - 9 tahun yang mana pembelajaran dilaksanakan berdasarkan permainan. Den tak pernah pergi taklimat KinderKaizen dan SriAria School tetapi den dapat tahu sikit-sikit tentang program mereka berdasarkan pembacaan melalui maklumat yang dikongsikan di FB mereka.

Walaupun pakej yang ditawarkan di dalam program tersebut adalah agak menarik dan in sya Allah boleh diusahakan untuk membayar yurannya walaupun macam ngeri juga dan den terpaksa ikat perut di sana sini (termasuk tak boleh tengok Black Panther movie buat kali ketiga) tetapi den tidak mendaftarkan F untuk program yang ditawarkan di atas beberapa faktor.

Antaranya adalah:

1. yuran program Wynkids yang dinyatakan di dalam taklimat adalah murah sedikit berbanding dengan yuran beberapa sekolah swasta yang den ketahui;

2. 95% peserta program Wynkids berdasarkan video yang dikongsikan adalah Chinese. Den bukan rasis tapi takut-takut si F rasa terpinggir sebab F adalah anak yang suka berkhayal, sensitive dan introvert; dan

3. English based program. Walaupun English yang digunakan adalah standard English tapi F memang tak fluent dan faham Bahasa Inggeris sangat. Nanti kesian dia terkontang kanting nanti.

#Faktor pertama tuh yang paling berat untuk den sebab ada satu sekolah nih den berharap sangat dia buka cawangan di Shah Alam sebab den berkenan dengan silibusnya. Yurannya setakat yang diketahui mahal sedikit daripada program Wynkids tapi lebih berbaloi rasanya sebab masanya lebih panjang (half day for everyday during weekday). How to afford to pay for that fees tuh den belum fikirkan lagi huhuhuhuhu.

Macam mana pun, den tetap rasa taklimat program Wynkids yang den hadiri tuh adalah sangat bermanfaat.

A great experience and eye opening for me.

0 Comments