The Toss of Lemon by Padma Vismanathan
Buku setebal 619 mukasurat ini menceritakan
tentang 3 generasi satu keluarga Brahmin yang penuh dengan adat istiadat yang
menjalani kehidupan di India.
Den mengambil masa lebih dua minggu untuk
menghabiskan buku dengan tema kekeluargaan yang mempunyai konflik tersendiri
apabila generasi orang tua masih memegang kepada tradisi dan adat lama
sedangkan generasi muda mula lebih terbuka kepada arus kemodenan.
Kisah bermula dengan urusan perkahwinan
Sivakami dan Hanumarathnam pada 1896. Mereka mempunyai seorang anak perempuan
bernama Thangam dan seorang anak lelaki bernama Vairum. Cerita diteruskan oleh
cucu Sivakami iaitu Janaki dan adik beradiknya. Cerita diakhiri dengan nota
ringkas oleh cicit Sivakami.
Buku ini menceritakan secara terperinci adat
istiada orang India kasta Brahmin. Antaranya:
1. kepercayaan yang sangat tinggi kepada
penentuan jodoh berdasarkan kesesuaian tarikh lahir;
2. kelahiran anak lelaki atau anak perempuan
boleh memberi impak kepada umur ibu bapa (memanjangkan atau memendekkan umur);
3. pemberian dowry oleh keluarga pengantin
perempuan kepada keluarga pengantin lelaki;
4. mereka daripada kasta Brahmin tidak
digalakkan bergaul dengan kasta yang rendah daripada mereka;
#even sampai sekarang perkara ini masih
terpakai kat beberapa kawasan di India. Sekali sekala kita masih terdengar tragedy
pasangan kekasih dibunuh oleh kaum keluarga kerana perbezaan kasta.
5. kaum wanita yang kematian suami (balu)
tidak boleh berkahwin semula dan perlu dicukur kepalanya sehingga botak seumur
hidupnya, tidak boleh beramah mesra dengan anak atau cucu pada siang hari;
6. first time den tau pasal Manjakkani iaitu harta pusaka yang
diwariskan daripada emak kepada anak perempuan untuk kesinambungan hidup. Biasanya
ramai perempuan tidak menerima Manjakkani
di mana selalunya adik beradik lelakinya akan bagitau yang dia tidak layak
menerima harta pusaka;
7. setiap kali kaum wanita datang haid,
mereka akan diasingkan seorang diri di dalam satu bilik; dan
8. adalah menjadi adat anak lelaki dan
menantu perempuan akan tinggal dan memelihara ibu bapa tersebut.
Ada banyak lagi adat resam yang diterangkan
secara detail di dalam buku nih.
Kecik hati.
Cumanya ending buku nih macam abrupt sangat.
Selepas Sivakami kena angin ahmar sebab
terkejut apabila Vairum pecahkan rahsia bahawa Bharatti (classmate Janaki iaitu
cucu Sivakami) merupakan anak luar nikah kepada Goli (menantu Sivakami dan
abang ipar Vairum), ceritanya diringkaskan dengan seringkas-ringkasnya.
Terasa macam eh macam nih je ke endingnya
camtuh la perasaannya. Ada sedikit terkilan sebab dah sakan membaca sampai 635
muka surat, alih-alih ceritanya habis camtuh je.
Quite a heavy book.
A worth read.
0 Comments