Kebiasaannya bagi den, Pesta Buku samada Pesta Buku Selangor dan Pesta Buku Antarabangsa serta jualan gudang Karangkraf adalah untuk den beli buku atau Novel Bahasa Melayu. Kalau den beli buku Bahasa Inggeris pun, memang kiranya den berkenan habis la dengan buku tuh atau den rasa den memang tidak akan terpegi ke Book Excess dalam masa terdekat untuk cari buku seumpama tu.

Walaupun ada novels Bahasa Inggeris dijual pada Pesta Buku Selangor kali ini, den memang tak beli English novels di Pesta Buku Selangor kali ini sama seperti Pesta Buku sebelum-sebelum ini kerana den rasa tempat untuk mendapatkan English novels dengan pelbagai genre dengan harga yang diskaun yang sangat menarik adalah di:

1. kedai buku Book Excess (ada juga online)

2. warehouse sales oleh Popular atau MPH

3. RM 5 Popular Book Fiesta; dan 

4. Big Bad Wolf sales. 

These are the four events to scout and buy lots of great English novels with so reduce price.

Ada je beberapa booths yang menjual buku Bahasa Inggeris di Pesta Buku Selangor ni tapi in terms of English novels, harganya agak tinggi walaupun telah diberikan diskaun kalau nak dibandingkan dengan English novels yang boleh dijumpai di empat events yang den mention kat atas.

Ada satu Engslish novel oleh Sophie Kinsella yang den jumpa kat sini berharga dalam RM 63 (selepas diskaun) tapi novel yang sama boleh dibeli di MPH dengan harga RM 36. Kalau tunggu lama sikit, novel yang sama boleh dibeli di Book Excess dengan harga RM 16.

Sepanjang almost 3 jam den spent masa di Pesta Buku Selangor pada kali ni, hasil tangkapan den adalah:

1. Majalah Gila-Gila dan APO - nih untuk buong

2. Full set of 3 Dara Pinggitan - nih untuk den

3. Buku-buku dengan tema superheroes macam Ejen Ali (untuk F) dan Avengers serta Justice League (untuk F);  dan

4. 3 buah buku English pasal sharks, planes and birds untuk kiddos.

Begitulah hasil tangkapan di Pesta Buku Selangor pada kali ini. Ala-ala mengenang zaman remaja pula temanya sebab den jatuh hati sungguh dengan full set 3 Dara Pinggitan tuh. 

Lets just hope I will find the time to read them all.

0 Comments