Password Untuk Password
Den tak pasti samada den seorang yang ada
masalah nak ingat password untuk perkara-perkara online terutamanya online
banking atau kebanyakan orang mempunyai masalah yang sama.
Dah la kan kadang-kadang setiap bank dan
institusi (macam PTPTN, KWSP, LHDN, etc) berbeza pula requirement nya untuk
password. Ada yang perlu huruf besar, huruf kecil, nombor dan symbol. Ada pula
yang tak boleh letakkan symbol. Macam-macam lagi la.
Sudahnya banyak gila la passwordnya.
Dah tua-tua nih, daya ingatan pun tak
beberapa nak bagus, makanya kadang kala tertukar la password untuk bank A
dengan bank B langsung la kadang-kadang kena block terus. Dah nak kena contact
customer service bagai untuk reset password, etc. Lagi haru tak boleh guna dah
password yang kita biasa guna tuh, kena pula create password yang totally
different daripada password yang kita biasa guna.
Makanya bagi mengelakkan masalah tersalah
password ini berlaku, den simpan la semua password pada satu tempat yang mana
untuk buka fail ni ada password juga.
Jangan esok password untuk buka dokumen
password nih den terlupa sudah la. Sure la haru biru.
0 Comments