MOVIE : The Mountain Between Us
Movie yang diadaptasi daripada novel karya oleh Charles Martin ini hanya
melibatkan dua (2) orang pelakon utama iaitu the delicious Idris Elba (ehem
ehem) dan the ever always beautiful and talented Kate Winslet bagi 95% jalan
ceritanya.
Penerbangan Kate Winslet (Alex) dan Idris Elba (Ben) ke Denver
menggunakan penerbangan komersial terpaksa ditunda kerana keadaan ramalan cuaca
akan berlakunya ribut. Disebabkan esoknya Alex akan berkahwin dan Ben perlu
membuat satu pembedahan penting, makanya diaorang yang tidak mengenali antara
satu sama lain terpaksa chartered small private plane ke Denver.
Semasa
dalam penerbangan tersebut, pilot terkena stroke dan kapal terbang kecil itu
akhirnya terhempas di pergunungan yang diliputi dengan salji tebal.
Pilot
terkorban dalam kemalangan tersebut. Walaupun mengalami kecederaan, Ben, Alex
dan anjing pilot tersebut terselamat.
Pada
mulanya Ben dan Alex tidak sependapat tentang rancangan untuk survive. Ben nak
tinggal di kawasan kapal terbang terhempas sehingga mereka diselamatkan tetapi
Alex nak merayau mencari jalan keluar.
Setelah
berkonflik sekupang dua, Alex dan Ben akhirnya bersetuju untuk bersama-sama
merayau mencari jalan keluar.
Scenes
yang mencemaskan adalah apabila Alex terjatuh dalam lubang ais dan kaki Ben
tersepit di dalam perangkap beruang.
Scene
yang tak dapat nak ditengok bersama kiddos adalah scene romantika antara Ben
dan Alex.
Mereka
akhirnya terselamat dan mendapatkan rawatan di hospital. Di hospital Ben
berjumpa dengan Mark, tunang Alex.
Alex
tidak dapat meneruskan perkahwinannya dengan Alex sebab dia terkenangkan
kenangan bersama Ben.
Alex
dan Ben akhirnya bersama camtuh la.
Bagi
den ceritanya biasa je pasal dua orang attractive people yang terpaksa
bergantung antara satu sama lain untuk survive selepas kapal terbang yang
mereka naiki terhempas. Disebabkan dah mengharungi pelbagai kesukaran bersama,
secara tak sengaja diaorang terjatuh cinta (dah diaorang berdua je pun yang ada
kat situ, apa lagi yang boleh dibuat selain survive, be there for each other
dan falling in love iyo dok?).
Movie
ni biasa-biasa je la bagi den.
Yang
membuatkan movie nih special adalah pelakonnya.
3.5
stars.
0 Comments