Midlife Crisis?
Orang selalu kata life begins at 40 atau
orang lelaki biasanya akan mengalami pelbagai konflik pertengahan umur bila
masuk 40 tahun.
Den tak pasti apa yang den alami sekarang
adalah midlife crisis atau disebabkan den terpleot ke ape tapi perkara-perkara
berikut berlaku kepada den baru-baru ini:
1. masa menunggu giliran untuk berjumpa
dengan PIC bagi urusan SSPN kiddos di PTPTN, den tengok la FB. Alih-alih tuh
tengok la satu post tentang beberapa keping gambar di bawah tajuk ala-ala
‘photos that will make you smile’ camtuh la. Ada la gambar orang bagi makan
kucing, orang selamatkan anak rusa, etc. Alih-alih bergenang-genang air mata
tengok gambar-gambar tuh semua. Kalau orang terpandang den sure ingat ‘pompuan
nih sure banyak hutang PTPTN dia ni sampai menangis-nangis hehehehehe’;
2. towards the end of taklimat Wynkids pada 3
Mac hari tu, PIC tuh tayangkan video tentang 400 m race semasa Barcelona 1992 yang
mana Derek Redmond yang dijangkakan dapat memenangi pingat emas untuk acara
tersebut mengalami kecederaan otot hamstring semasa tengah berlari. Tiba-tiba
ayahnya melepasi kawalan sekuriti pergi kat dia.
Ayah : You don’t have to do this.
Derek Redmond : Yes I do.
Ayah : Well then, we’re going to finish this
together.
Lalu ayah dia memapah beliau berjalan sehingga
ke hampir ke garisan penamat. Dah nak sempat sampai ke garisan penamat tuh,
bapa dia lepaskan Derek Redmond untuk berjalan sendiri melepasi garisan penamat
tuh.
Video ini ditayangkan dengan diringi lagu You
Raise Me Up.
Tengok je video ni, secara tiba-tiba
terberjurai air mata den padahal that was not the first time I saw the video
kot. Den sorang je kot teremosi lebih dalam bilik taklimat tuh.
3. Tuh belum cerita bab air mata mengalir
sebab tengok movies dan baca buku. Movies yang biasa den tengok cerita actions
dan drama kot, tapi still ada scenes yang boleh menitiskan air mata. Haru la
kan.
#nih tak masuk perkara yang melibatkan gambar
@ video peperangan kat Syria, penghapusan etnik kat Myanmar, mayat babies yang
dibuang, etc yang memang mengundang air mata.
0 Comments