Member den whatsapp tanya den kenapa dua tiga menjak ni posts dalam blog den agak serius termasuklah ulasan buku yang den dah baca pada tahun ini dan my latest posts on the Kanak-Kanak Pinggiran.

Nampak benar la ye banyak posts dalam blog den ni banyak cerita melagho je ye….hehehehehehhe.

Dah semakin meningkat umur ni gamaknya lalu lebih extra terkesan dengan topic seumpama ini.

Ada orang yang dilahirkan memang telah secara nalurinya memang suka isu kemasyarakatan. Ada orang yang daripada kecil memang terpupuk dengan nilai-nilai semangat sukarelawan. Ada orang yang memang berbakat untuk menulis pelbagai isu yang berat secara santai dan dapat difahami oleh segenap lapisan masyarakat.

Den nih rasanya daripada kecil memang suka perkara lagha macam movies dan lagu. Sampai la sekarang perangai masih macam tuh.

Walaupun sekali sekala tercoret pendapat den sekupang dua yang takde membuat sebarang research bagi perkara-perkara yang serius, den masih terpesona dengan cerita lagha.

Walaupun ada beberapa blog posts den nampak konon-konon serius, den sebenarnya masih je terfikir perkara-perkara lagha macam: 

1. ada tak gamaknya peluang nak tengok Black Panther movie buat kali ketiga;

2. Chadwick Boseman (King T’Challa) nih manis orangnya. Siapa makwe dia yek?;

3. bila la nak cukup duit tabungan nak bayar upah member ofis untuk downloadkan movies dulu-dulu yang den suka;

4. bila nak dapat tarikh untuk berjimbaan dengan kos paling minima bersama konco-konco; 

5. kenapa la lagu Yaadon Ki Baraat nih dah seminggu dok terngiang-ngiang kat dalam kepala; dan

6. harapnya Bruno Mars tak batalkan la konsert dia pada Mei ini walaupun dia dah memang besar kat Grammy Awards baru-baru nih.

Banyak je cerita santai yang boleh dikongsikan di dalam blog ni tapi sekali sekala topik yang serius kadang kala perlu dibicarakan untuk kita mengambil pengajaran di dalam meneruskan hidup di dunia ini.

Camtuh la rasanya.

2 Comments

  1. hahaha
    suka movies tak ada lah lagha sangat
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehheheheehe....terima kasih kerana memahami.Suka baca your movies reviews. Macam profesional.

      Delete