Kanak-Kanak Pinggiran @ Children Without, UNICEF Part 2
In sya Allah post ini adalah bahagian kedua
dan terakhir tentang pendapat den ke atas laporan Kanak-Kanak Pinggiran : Kaji Selidik
Mengenai Kemiskinan Dan Penafian Hak Kanak-Kanak Bandar Di Rumah Pangsa Di
Kuala Lumpur dan Children
Without : A Study Of Urban Child Poverty In
Low Cost Flats In Kuala Lumpur yang mana laporannya boleh dibaca di Laporan
Berdasarkan kajian soal selidik ke atas 966 isi
rumah dan 2,142 orang kanak-kanak di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ini,
laporan merumuskan mereka dipinggirkan daripada kemudahan asas iaitu
pendidikan, zat makanan, hak asasi sivil dan yang paling penting adalah
kekurangan peluang.
Peratusan kanak-kanak yang terbantut di bawah
usia 5 tahun di dalam laporan ini adalah lebih teruk daripada negara Ghana
walaupun KDNK per kapita Malaysia adalah 6 kali ganda lebih tinggi. Apakah
maksud dan reality fakta ini?
4 daripada
10 isi rumah tiada alat permainan untuk anak-anak berumur kurang 5 tahun. Membaca
fakta ini membuatkan den teringat kepada perjuangan Dr Putri Afzan Maria,
seorang Pengamal Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang merupakan pengasas kepada
KinderKaizen dan SriAria School yang sering membincangkan tentang kepentingan
bermain kepada tumbesaran atau perkembangan minda, emosi, etc kanak-kanak.
Boleh baca pelbagai ulasan, pandangan dan cadangan beliau tentang pelbagai
aspek tentang pendidikan awal kanak-kanak di FB beliau.
31% isi
rumah tiada buku untuk kanak-kanak berumur kurang 18 tahun. Macam mana
kan nak menyemai budaya membaca dan mewujudkan generasi yang suka membaca buku?
Dua fakta di atas terjadi kepada kawasan
responden kerana mereka tiada ruang untuk menyimpan permainan dan buku-buku dan
mainan yang disumbangkan oleh pelbagai NGO, etc.
Ada pelbagai fakta lagi di dalam laporan ini
yang den rasakan perlu dibaca oleh semua orang bagi mendapatkan gambaran sebenar
reality hidup.
Laporan ini akhirnya memberikan cadangan
dasar bagi menyediakan Jaminan
Perlindungan Sosial terutamanya meningkatkan peluang kepada kanak-kanak
untuk mendapatkan perkhidmatan atau keperluan asas seperti pemakanan,
pendidikan, kesihatan dan keselamatan.
Cadangan dasar tersebut adalah:
1. Elaun penjagaan kanak-kanak daripada dalam
kandungan sehingga 5 tahun;
2. Pemakanan dan cuti bersalin;
3. Cukai ke atas minuman bergula sebagai
salah satu kaedah mengurangkan pengambilan minuman bergula oleh kanak-kanak;
4. Ruang sosial yang selamat untuk
kanak-kanak berusia (5 - 17 tahun); dan
5. Semak semula angka kemiskinan.
Bagi pendapat den, semua cadangan dasar ini
memerlukan pertimbangan serious daripada pemimpin dan pembuat polisi dan dasar
Malaysia. Jabatan yang bertanggungjawab akan terus melaksanakan perkara ini
sekiranya ianya diputuskan oleh pihak atasan.
Den ada bersembang dengan seorang OKU yang
cacat kaki dan belajar sehingga SRP tentang laporan ini (beliau bukan merupakan
responden dalam kajian soal selidik ini k). Beliau yang den kenali bekerja
daripada umur 15 tahun sehingga sekarang, sangat berjimat cermat supaya dapat
survive hidup di bandaraya, tidak memohon bantuan zakat, JKM dan BR1M, etc. Beliau
tanya dekat den, berapa ramai responden dalam kajian ini terutamanya ibu bapa
atau penjaga atau orang dewasa yang:
1. Orang Kelainan Upaya (OKU);
2. Sakit kronik yang menyebabkan tidak boleh
belajar dan bekerja;
3. Sihat walafiat tetapi tidak bekerja kerana
pelbagai sebab (memilih kerja, malas bekerja, etc); dan
4. Tahu tentang bantuan JKM, Zakat, BR1M, etc
tetapi tidak berusaha mendapatkan bantuan tersebut. Mengharapkan bantuan sampai
ke depan pintu, etc.
Menurut beliau fakta ini semua penting kerana
beliau berpendapat Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, peluang dan kemudahan
kepada rakyat Malaysia tetapi di dalam sesetengah kes, attitude yang menjadi
penghalang terbesar untuk melakukan perubahan kepada kehidupan yang lebih baik.
Beliau persoalkan kenapa kehidupan warga asing lebih bagus daripada kehidupan
warganegara Malaysia sendiri.
Bagi pendapat beliau, sekiranya seseorang
tersebut sakit kronik atau OKU, beliau boleh terima alasan hidup miskin tetapi
jika sihat walafiat dan tidak berusaha untuk merebut peluang yang ada, itu
adalah masalah attitude @ sikap individu itu sendiri yang akhirnya menyebabkan
anak-anak mereka juga terkesan, terpinggir daripada kemudahan asas yang sedia
ada.
Something to ponder on I guess.
Den berpendapat kajian Kanak-Kanak Terpinggir
yang sewajarnya fully funded by the government dilaksanakan secara tahunan
sebagai salah satu KPI bagi jabatan yang sesuai (Jabatan Perangkaan? JKM? EPU?)
bagi setiap daerah di setiap negeri di Malaysia supaya kita mendapatkan
maklumat yang tepat yang seterusnya boleh digunakan di dalam rombakan polisi
dan dasar termasuk menyediakan garis aras kemiskinan bagi Malaysia.
Membaca laporan ini menyebabkan den teringat
kepada teguran ulama ke mufti ye (den pun dah lupa) ke atas surau dan masjid
yang menyimpan dana sumbangan orang ramai sehingga mencecah RM 7 juta tetapi
penduduk di dalam kariah tersebut hidup dalam kemiskinan. Mungkin Jabatan Agama
Islam boleh membuat Kajian Kutipan Dana Surau Masjid vs Kemiskinan di dalam
Kariah tersebut.
#matilanak den kena kecam nih karang.
JKM mungkin ada membuat Kajian Sumbang Mahram
vs Kemiskinan Keluarga yang mana den tak pernah tau dan nak ambil tahu.
Den rasa JKM juga boleh membuat kajian berapa
ramai orang yang sihat walafiat tetapi tidak bekerja kerana malas, etc yang
akhirnya membebankan orang tua.
All these studies are very important because
its affect our children’ wellbeing and future.
Katanya the future is in our children hands.
So kenalah kita sediakan dunia yang lebih
baik kepada anak-anak kita agar mereka dapat memimpin dengan lebih telus,
cemerlang, etc.
Ada satu ayat di dalam laporan Kanak-Kanak
Terpinggir yang sangat menyentuh hati den iaitu “kemiskinan tidak boleh
dimaafkan terutamanya terhadap kanak-kanak”.
0 Comments