Alhamdulillah Allah panjangkan umur den untuk bertemu bulan Mac 2018.

Setakat ini, bulan Mac setiap tahun adalah bulan tua den, buong dan A sebab kitaorang dilahirkan pada bulan Mac. 

In sya Allah den dan buong akan menyambut hari lahir yang ke 40 tahun. Walaupun orang dok kata age is just a number tapi hakikatnya semakin umur meningkat nih kita dah makin terasa macam dah dekat sangat dengan mati. Walaupun memang hakikat kematian itu adalah bila-bila masa akan berlaku tapi secara normalnya orang anggap orang yang lebih tua akan meninggal dunia dulu. So jauh di sudut hati, sebenarnya memang takut nak mati.

Harapnya bila mencecah umur 40 tahun nih, den dan buong sama-sama dapat melonggarkan pegangan kepada dunia dan melebihkan hati kepada akhirat. Kata nak cinta @ berkekalan sampai ke jannah bagai kan, makanya kena la sama-sama berusaha ke arah ‘sana’.

Of course urusan duniawi perlu dilaksanakan sewajarnya cuma dah nak masuk umur 40 tahun nih rasanya perlu banyak muhasabah diri.

A is going to be 4 years old this coming 6th March. This cheeky boy dah takde bau baby dah. Of course sebagai ibu, kita doa yang baik-baik untuk anak-anak kita. Untuk A, den doakan dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat, menjadi orang berakhlak mulia, baik dan luhur hati serta sentiasa bahagia.

Bulan Mac juga bermaksud den cuma ada masa 1 bulan setengah untuk mula semula berzumba dan eat clean sebab by mid April dah nak kena ke PPUM untuk pemeriksaan tahap kolesterol. Tak sanggup nak makan ubat kolesterol berterusan setakat ini. 

Jadual kerja bulan Mac ini penuh sebagaimana bulan-bulan yang lain juga. Yang ini in sya Allah den akan cuba buat selayaknya. Dah kerja tuh namanya amanah kan? Kita buat la sehabis baik.

Den masih menunggu berita daripada konco-konco nak berjimbaan ke mana untuk tahun ini. Setakat ini belum dimuktamadkan ke mana arah tujuan. Hopefully at least by mid of March dah boleh finalize la ke mana nak pergi.

In sya Allah bulan Mac nih den nak mula berzumba semula setelah tak berkesempatan untuk berzumba selama satu bulan setengah due to sibuk sangat dengan program NARBO, etc.

Semoga bulan Mac akan jadi lebih baik daripada segala segi daripada bulan-bulan yang lain.

Semoga kita semua dapat jadi a better person.

In sya Allah.

2 Comments

  1. happy birthday in advance
    dan semoga tercapai segala azam dan impian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ucapan. You really make my day. TQ

      Delete