Perasaan yang mula-mula den rasa bila jejak je kaki kat lobi hotel ni adalah wow sebab serius ia adalah sangat simple, luas dan cantik. Kalau dalam versi A, dia akan cakap ‘wah….tantiknya mama…besarnya mama’ hehehehhe.

Tangga menuju ke bilik bengkel yang den hadiri di sini adalah sangat meriah sangat. Den tengok tangga nih den teringat scenes dalam beberapa Hindustan movies terutamanya bila ada majlis pertunangan dan perkahwinan macam dalam cerita Kuch Kuch Hota Hai. Cantik kot tangga dia. Jakun betul den nih, tengok tangga cantik pun teruja.

Bilik dia pun memang best. Besar, bersih dan ringkas tetapi semua benda yang diperlukan memang tersedia ada.

Bilik twin sharing dengan kelengkapan peti sejuk, complimentary water bottle dan uncang the/kopi beserta cerek dan cawan serta gelas, hair dryer, flat screen televisyen dengan pelbagai channel termasuk cartoon yang sangat jelas siarannya (penting untuk family yang ada anak-anak macam den nih ha), set iron dan iron board, peti besi yang mudah digunakan (den letak laptop dalam ni bila nak keluar ke mana-mana), etc.


In sya Allah memang lengkap serba serbi.

Disebabkan bilik ni luas makanya kedudukan televisyen tuh jauh la sedikit dari katil. So kalau budak-budak memang diaorang baring je la kat atas carpet tuh nak tengok cartoons.

Dari balkoni bilik den nih ha, nampak terus swimming pool nya. Kalau tak nak bawa anak-anak mandi pool, sila request bilik lain ye sebab dari bilik den nih memang jelas nampak pool nya.
View pool dari bilik den

Perkara paling best tentang bilik air adalah bath tub. Ha…ini memang la kegemaran anak-anak den untuk berkubang dan berendam terutamanya si A tuh.

Den terberkenan dekat toiletrie yang disediakan di bilik air nih. Colourful packaging nya macam produk yang ada kat pasaraya. 

Bilik yang den duduk ni sesuai untuk keluarga kecil macam den, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. 

Sakan kiddos berlari di sana sini sebab ruang bilik yang memang besar.

Untuk bilik ni, den bagi 4.5 markah. Kurang 0.5 markah sebab kedudukan televisyen yang jauh dari katil heheeehehehe.

0 Comments