GHOSTPITAL oleh Dr. Kamarul Ariffin
Buku yang mengumpulkan koleksi cerita pendek
seram dan misteri yang berlaku di hospital, klinik kesihatan, etc yang dilalui
oleh mereka yang bekerja di bidang perubatan terutamanya Doktor yang sebenarnya
telah diceritakan di dalam FB Doktor tersebut.
Semakin tua ni semakin kecut hati, kecut
perut, etc. Makanya bila membaca buku genre seram seumpama ini memang la
menyebabkan ketakutan meresap ke dalam jiwa langsung la bila handphone vibrate
pun dah jantung rasa nak tercopot.
Membaca buku ini juga menyebabkan den
berharap sangat tidak terserempak dengan apa-apa yang misteri apabila perlu
berurusan di mana-mana hospital.
Buku ini membuatkan den terkenang-kenang
zaman den membaca banyak buku-buku karangan Tamar Jalis. Takut dan seram sejuk tapi
nak baca juga mukasurat seterusnya walaupun dah tau dah nanti masa nak pergi
toilet ada rasa macam nak pengsan sebab takut.
Buku setebal 324 mukasurat ini den baca dalam
masa 2 jam semasa di dalam perjalanan pergi ke dan balik dari Kedai Kerepek Ros
di Banting.
Bacaan ringan yang diselang-selikan dengan
frasa atau jargon perubatan tetapi masih boleh difahami tetapi seramnya menusuk
ke hati.
2 Comments
Terima kasih atas ulasan yang memberangsangkan ini.
ReplyDeleteIkhlas,
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sama-sama Doktor. Teruskan menulis ye. You have a great book here.
Delete