Seperti biasa, kalau ada aktiviti melibatkan dinosaurs walaupun dinosaur tuh seekor je, den akan teruja nak bawa kiddos si F untuk tengok dinosaur tuh. Dari umur 2 tahun membawa ke 7 tahun sekarang dia masih kekal minat sangat dekat dinosaurs. Paleonthologist in the making maybe.

F ada terima brochure daripada Grolier di sekolahnya yang mewar-warkan bahawa terdapat program beramah mesra dengan dinosaurs gittew. Lupa pula nak snap gambar brochure tuh. 

Kitaorang sampai kat AEON Mall dalam 8 malam. Sebelum dapat claim sebuah buku free dari Grolier kena dengar dulu penerangan tentang produk Grolier tentang wakil penjual. Dalam setengah jam juga wakil penjual Grolier menerangkan tentang apa produk Grolier boleh offer kepada anak-anak den. Memang menarik pakej yang Grolier offered tapi memandangkan keadaan kewangan yang sangat happening, tak dapat la lagi kitaorang nak berkolaborasi dengan Grolier.
Sempat paw belon satu

Lepas selesai dengan Grolier, den dan kiddos masuk ke ruang pameran dinosaurs yang sangat comel.

Bayaran untuk masuk ke ruang pameran ini adalah RM 5 seorang tak kisah kanak-kanak atau orang dewasa. Bagi den memang murah la. Den rasa dengan bayaran RM 5 seorang, memang berbaloi la dengan apa yang kita boleh tengok di dalam ruang pameran tuh.

Ruang pameran ini  menempatkan 5 ekor dinosaurs yang agak besar, 4 buah aquariums yang mengandungi  beberapa ekor dinosaurs yang kecil daripada 4 species berbeza, sebuah replica gunung berapi, sebiji telur yang pecah di mana kita boleh bergambar di dalamnya, seekor anak dinosaur yang boleh dipegang, 2 gambar dinosaur 3D Art dan televisyen yang menayangkan dinosaur movie untuk tontonan pelawat (kita boleh duduk di atas kerusi-kerusi kecil yang disediakan).
Kat dinosaur seko nih pun macam-macam si F belek
Walaupun ruang pameran tuh sekangkang kera sahaja, anak-anak den menghabiskan masa hampir 45 minit meronda tengok dinosaurs di sini. Kebetulan pula masa kitaorang berjalan-jalan kat dalam ruang pameran tu, kitaorang bertiga je yang ada dalam tuh, memang sakan la budak-budak nih pegang dinosaurs di sana sini. Memang berbaloi la untuk kitaorang.
Mama pun sibuk nak juga bergambar dalam telur dino

Di luar ruang pameran ada kepala TRex untuk kita bergambar. 
Di samping itu, terdapat juga ruang yang boleh merabakkan poket ibu bapa seperti aiskrim telur dinosaur (RM 5) , belon dinosaur (RM 10), telur dinosaur (RM 10) dan sand  art dinosaur (yang kecil RM 6 dan yang besar RM 10).

Ha…bab jualan barang dinosaurs nih la yang tricky sikit sebab memang comel-comel semuanya. Memang ada la sesi tunjuk perasaan oleh anak-anak den tuh ha sekejap. Si F tak nak keluar dari ruang pameran. Si A pula sibuk nak beli telur dinosaur hehehehehheehe.

Kepada sesiapa yang hendak membawa anak-anak tengok dinosaurs dengan harga mampu milik, butiran pameran dinosaurs adalah seperti berikut:

Tempat : AEON Shah Alam (Ground Floor)

Tarikh : 20 hingga 25 Mac 2018

Masa : 10 pagi hingga 10 malam

Bayaran masuk ke pameran dinosaur : RM 5/orang (kanak-kanak dan dewasa).

#Cuma kena pandai la nak melarikan diri daripada wakil jualan Grolier kalau tidak ada masa dan tidak berminat nak dengar penerangan mereka tentang produk Grolier sebab pasukan Grolier berada betul-betul sebelah pameran dinosaurs ni.

1 Comments