Celebrate the Lantern Festival with Radia
Lepas
je habis program taklimat Wynkids di Cititel MidValley tuh, kitaorang terus ke
Galeri Jualan Radia Bukit Jelutong untuk tengok apa program yang sempat
ditengok sempena Lantern Festival yang programnya den ternampak kat FB.
Den
sebenarnya nak tengok lion dance tapi takde rezeki sebab pertunjukan lion dance
pada 1130 pagi.
By
the time kitaorang sampai kat Galeri Jualan Radia tuh, ada pertunjukan wushu.
Excited
kot dapat tengok pertunjukan wushu secara real life hehehehehe. Terpesona semua
menengok wushu yang mengunakan pedang dan kayu yang macam selalu dilihat di
dalam kungfu movies. Peserta wushu terdiri daripada pelbagai peringkat umur.
Yang paling muda kalau tak silap dalam 5 tahun. Cantik je pergerakan diaorang
semua. Walaupun nampak lembut tetapi macam mantap juga tumbukan dan tendangan
diaorang tuh.
Peserta wushu tunggu giliran untuk menunjukkan bakat |
Lepas
habis tengok pertunjukan wushu, kitaorang masuk tengok unit-unit rumah contoh
yang disediakan.
Selain
daripada window shopping di kedai buku, den memang suka tengok rumah contoh
kalau berkesempatan sebab den suka tengok rumah yang dihias cantik-cantik.
Mula-mula
kitaorang daftar dulu di kaunter pendaftaran dan dibagi satu woven bag yang
mengandungi brochures tentang apartments + rumah kedai yang sedia untuk dijual
bagi kawasan perumahan Radia nih. Lepas tuh ada seorang staff akan brief kita
tentang unit yang kita mungkin berminat.
Masa
tengok model pembangunan Radia ni, anak-anak den pun sakan menyibuk juga. Dalam
masa orang tuh dok bagi penerangan, sakan la diaorang letak dragon kepala dua
dan kereta mainan diaorang di atas jalan raya bagi rumah contoh tuh. Diaorang
happy je la dapat berjalan-jalan tengok rumah sebab diaorang gula-gula free,
dapat tengok patung, etc.
Beriya dua-dua orang tengok model rumah |
Dragon F di atas rumah contoh |
Pokok duit |
Lepas
tuh, kitaorang berkesempatan melawat 3 unit rumah contoh yang ada iaitu
keluasan 600++, 800++ dan 1200++ kaki persegi. Rumah contoh memang la
cantik-cantik kan sebab hiasan dalamannya memang meletops. Tak sempat nak ambil
gambar apa pun sebab dok kalut mempedo budak-budak nih supaya diaorang tak
terpecahkan apa-apa dalam rumah contoh tuh.
Pembangunan
Radia ni sebenarnya dah siap dengan Sijil Layak Menduduki (CF). Bangunannya
terletak betul-betul berhadapan dengan Sales Gallery. Salesman tuh ajak juga
tengok unit yang dah siap tapi malas nak pergi sebab tiada intention untuk beli
pun.
the actual units |
Apartments
kat sini ada 8 jenis kalau tak silap bermula dengan keluasan 600 ++ kaki
persegi bagi unit studio sehinggalah 2100 ++ kaki persegi untuk unit duplex
penthouse.
Harga
setiap unit apartment walaupun yang paling kecil iaitu studio unit pun dah buat
mata den terkebil-kebil sebab dengan bumi price pun harganya adalah RM 370K.
Apartment yang 1200++ kaki persegi dalam RM800K ++. Penthouse berharga RM 1.2
juta selepas bumi discount dan apa discount lagi entah (jumlah discount 17%).
Ada
disediakan jamuan untuk setiap orang yang datang ke galeri tuh. Buffet spread
yang not bad, ada ketiaw goreng, pau, etc tapi kitaorang tak makan sebab dah
kenyang lunch sebelum datang sini.
Sempat tengok tarian apa tatau sebelum balik |
Off we go home |
On the
way balik dari sini, den dan buong dok memikirkan no wonder pemimpin dok cakap
orang Malaysia tak susah dan ekonomi meningkat, etc sebab ada block yang dah
almost sold out kot. Kalau sampling keadaan ekonomi dibuat dekat sales gallery
berprestij macam ni + shopping complex yang gegak gempita macam KLCC, Pavilion,
Bangsar Village, etc, memang la kesimpulannya masih ramai yang kaya. Cuba buat
soal selidik secara menyeluruh. Pergi ke kedai di kampung, pasar, di flat PPRT,
etc. Then baru buat kesimpulan secara holistic gittew.
Untuk
den dan buong, kalau kitaorang jual buah pinggang kitaorang kepada sindiket
pemerdagangan organ manusia pun belum tentu kitaorang mampu beli apartment yang
ada. Untuk kitaorang berdua yang dah nak masuk 40 tahun Mac nih, orang tak ingin
pun nak pandang kalau nak jadi strippers pun kan sebab dah berkedut di sana
sini, belum kira perut boroi, parut Caesarean, parut accident bagai, makanya
layak jual organ je la kan.
Buong
cakap lain kali tak payah la pergi tengok apa-apa rumah contoh dah kat
mana-mana galeri jualan sebab harga tak mampu milik pun. Den rasa okay je kot
tengok rumah contoh sebab sebagai terapi minda gittew tengok rumah
cantik-cantik.
0 Comments