Buku ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang membesarkan seorang anak sulung perempuan yang merupakan anak istimewa yang menghidap cerebral palsy akibat kekurangan oksigen sampai ke otak akibat serangan sawan yang disebabkan oleh keadaan jantung yang tidak normal.

Buku ini dikarang oleh ibu kepada Balqis sendiri yang mencoretkan pengalaman pahit manis yang ditempuh bermula dari saat Balqis dilahirkan sehingga mereka sekeluarga menetap di Arab Saudi. Ini termasuklah membesarkan adik-adik Balqis yang lain yang berjumlah 5 orang semuanya.

Ummu Naufal menceritakan tentang pengalaman dia bersama suami berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk Balqis yang mencetuskan pengembaraan mereka sekeluarga. Pelbagai rawatan telah dibuat seperti perubatan moden (hospital), perubatan Islam (termasuk dari Darul Shifa’),  perubatan alternatif seperti homeopati, etc. Pada mula-mula mencari cara rawatan, keluarga ini terjebak secara tidak sengaja dengan  perubatan tradisional termasuklah bomoh yang ada menggunapakai unsur-unsur syirik.

Parents will try almost anything and everything within their means to make sure the children receive the best.

Den berpendapat Balqis sangat beruntung kerana keluarganya mempunyai pelbagai kemudahan dan keistimewaan seperti very strong family back up and relationship, atok dan nenek yang boleh memberikan bantuan kewangan, ayah yang berpeluang melanjutkan pelajaran di luar negara yang mempunyai fasiliti perubatan yang lebih advance dan moden, ibu bapa yang berkemampuan mempunyai tanah, perniagaan dan simpanan yang boleh digunakan untuk membesarkan Balqis dan adik-adiknya etc.

This family mempunyai pelbagai pilihan dan kemudahan di dalam mencorakkan kehidupan mereka bersama Balqis termasuklah daripada segi rawatan dan berpeluang membawa Balqis mengembara ke tempat-tempat menarik, antaranya Miami, Abu Dhabi, Istanbul, Switzerland, Niagara Falls, dan banyak lagi.

Buku ini juga menyentuh tentang polisi Negara luar seperti United Kingdom yang sememangnya memberikan perhatian khas kepada mereka yang termasuk di dalam kategori anak-anak istimewa. Antaranya adalah bekalan susu yang telah ditetapkan oleh pakar nutrisi dan pampers diberikan secara percuma secara bulanan (ditanggung oleh Kerajaan) serta program rehabilitasi yang diselia oleh pakar rehabilitasi di rumah beserta dengan alatan rehabilitasi yang dipinjamkan oleh Kerajaan selagi mana anak tersebut memerlukannya.

Kehadiran Balqis di dalam keluarga ini menurut pengarang buku membawa mereka sekeluarga lebih dekat kepada Allah. Buku ini dikarang dengan mengaitkan perkara-perkara yang berlaku dengan petikan ayat Al-Quran yang berkaitan.

Towards the end of this book, Ummu Naufal menyuarakan tentang kegusaran hatinya tentang masa depan Balqis dan anak-anaknya yang lain sekiranya beliau dan suami kembali kepada Allah.

Ada beberapa parts di dalam buku ini membuatkan air mata den tergenang. Biasa la dah tua-tua nih hati mudah tersentuh.

Buku setebal 480 muka surat ini den habiskan di dalam masa lebih kurang 3 jam masa menunggu F menghabiskan program di Bilik Aktiviti di Zon Kreatif di Perpustakaan Raja Tun Uda.

0 Comments