Anekdot Jalan-Jalan Sempena Cuti Sekolah
Kopi
Keluang?
Situasi : Tengah
makan dinner di Kopitiam di Gelang Patah.
Den :
Gamaknya Kopi Kluang glamour ke kat Johor ni kan?
Buong : Ada
ke Kopi Keluang?
Den : Eh ada
la gamaknya sebab nampak iklannya kat tepi jalan tadi.
Buong :
Boleh ke minum Kopi Keluang?
Den : Eh
kenapa pula tak boleh?
Buong :
Yalar….apa hukumnya minum kopi dari keluang? Sama macam hukum minum kopi luwak
ke?
Den :
La….bukan keluang kelawar tuh. Nih Kluang daerah kat Johor ni ha.
Buong :
Hehehehhee…..ingatkan kelawar tuh. Tuh la musykil macam mana kopi keluang tuh
hehehehehehe.
Mama
Tak Takut Gemuk Ke
Situasi :
Breakfast di café hotel. Den berulang-alik mengambil makanan di buffet spread
dan membawanya dan makan dengan jayanya.
F : Mama
jangan la ambil makanan lagi.
Den :
Kenapa? Kan kita dah bayar. Kita boleh la makan semua makanan yang ada kat
sini.
F : Mama tak
takut ke?
Den : Takut
apa? (sambil makan nasi lemak dengan jayanya).
F : Mama
ambil makanan banyak-banyak nanti mama makan semua makanan.
Den : Takpe
la. Yang penting kita habiskan semua makanan. Jangan ambil makanan tapi tak
makan. Tuh membazir.
F : Mama
makan banyak-banyak mama tak takut gemuk ke?
0 Comments