Dah bertahun rasanya tak jejak kaki ke library ini sebab pelbagai alasan.

Hari ini baru la berpeluang menjejakkan kaki ke sini. Itu pun disebabkan si F ada program di sini dari 2.30 hingga 4.30 petang.

Makanya sementara F melaksanakan program di Bilik Aktiviti di perpustakaan ini, den dan A berehat-rehat di dalam kawasan Zon Kreatif.
Ruang di dalam Zon Kreatif ini sangat ceria, bersih dan sangat sesuai untuk kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti. Antaranya:

1. membaca pelbagai jenis buku dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu yang tersedia untuk pelbagai peringkat umur termasuk untuk babies di pelbagai ruang dan kerusi yang memang best dan empuk. Kalau badan letih memang boleh terlena la kalau baring di kerusi yang disediakan;
Empuk gila sofa nih. Siap ada parents yang baring kat sini sebab memang best.

2. membuat kerja sekolah atau membuat latihan menggunakan buku-buku rujukan yang disediakan untuk pelbagai subjek;
3. menonton cartoon movies yang dipasang secara berterusan di ruang yang disediakan (siap dengan bean bags);
Den sempat berbaring kat bean bags joint other kiddos tengok Good Dinosaur movie kat sini.
4. membuat aktiviti seperti mewarna, etc di atas pentas yang disediakan;
Tak ambil gambar plak masa ada aktiviti mewarna beramai-ramai kat sini

5. menggunakan computer yang disediakan (yang ni den tak sempat tanya samada dikenakan bayaran atau percuma);


6. membaca buku di bawa pohon merendang; dan
Si A siap bergolek-golek dari pangkal pokok ke bawah ala-ala hindustan lagi kat sini

7. bermain di depan pintu masuk Zon Kreatif di lantai yang ada dipaparkan objek yang bergerak-gerak tuh (ini la yang paling disukai oleh anak-anak den).
Dah macam Flash plak si F tuh
Lepas F habis program pada 4.30 petang, dia sambung pula bermain dengan A di sini sampai pukul 6 petang.

Buku untuk orang dewasa tak banyak sangat di sini sebab zon ini memang untuk kanak-kanak tetapi masih terdapat beberapa buah buku yang jatuh dalam kategori dewasa terutamanya bagi sejarah dan kisah berkaitan Islam dan motivasi kehidupan yang mana kalau den pergi mana-mana kedai buku memang tak pandang langsung la buku dalam genre sebegini.
Pelbagai buku yang ada kat sini
So dalam tempoh menunggu F habis program dari 2.30 hingga 4.30 petang (2 jam) dan menunggu F dan A bermain dari 4.30 hingga 6 petang tuh, sempat juga la den habiskan satu buku yang bertajuk Balqis, Di Mata Kami, Di Sisi-Nya (buku yang dah tentu den tak beli di kedai buku).

Zon Kreatif ini dilengkapi dengan bilik solat dan toilet.

Zon Kreatif nih sesuai je untuk kanak-kanak bagi semua peringkat umur sebab diaorang bebas berlari dan membuat bergurau senda (boleh membuat bising secara terkawal camtuh).

Ini merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk kanak-kanak menghabiskan masa lapang secara percuma di Selangor. Serious tempat ni sangat awesome.

5 stars untuk kemudahan di Zon Kreatif ini.

#In sya Allah dalam masa 11 minggu akan datang, kalau tiada aral melintang den akan melepak kat sini sementara menunggu F melaksanakan programnya. Target den adalah nak menghabiskan satu buku yang ditemui di Zon Kreatif ini semasa den lepak di sini nanti, in sya Allah.

0 Comments