Dah ada perancangan nak bawa anak-anak berjalan ke mana atau nak bagi anak-anak menyertai aktiviti apa sepanjang satu (1) minggu cuti sekolah yang bermula dari 17 hingga 25 Mac 2018 ni?

Kepada parents terutamanya di Shah Alam dan Klang yang masih tercari-cari aktiviti yang bermanfaat dengan harga mampu milik untuk anak-anak sertai, boleh pertimbangkan untuk joint aktiviti-aktiviti yang ditawarkan oleh PPAS dari 17 hingga 24 Mac 2018 bertempat di PPAS sendiri.

Untuk tempoh seminggu cuti sekolah ni, PPAS sediakan pelbagai aktiviti yang berbeza setiap hari bermula dari 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Serious semua aktiviti dia menarik sangat bukan sahaja untuk kanak-kanak tapi boleh membuatkan parent teruja sama hhehehehehe.
Ada aktiviti yang percuma dan ada aktiviti yang dikenakan bayaran minima.

Yang pasti, sebelum joint apa-apa aktiviti yang ditawarkan, ada aktiviti yang memerlukan kita mendaftar sebagai ahli PPAS. Isi borang yang sangat ringkas dan tidak dikenakan sebarang bayaran pun untuk menjadi ahli PPAS ni. Best kan?

Disebabkan hari Sabtu (17 Mac 2018) merupakan minggu kedua F ada program di sini, makanya den, F dan A berkampung la di PPAS buat sekian kalinya dari 2.00 hingga 5.30 petang.

Sementara F pergi kelas, makanya sempat la den dan A menyertai aktiviti percuma membuat butterfly paper bracelet dan ladybug on the leaf. 
Peralatan yang disediakan oleh PPAS untuk dipinjamkan kepada peserta kraftangan
Beriya konon budak ni. Sudahnya mama yang sakan mewarna.
Butterfly paper bracelet
Ladybug on leaf hasil kerja A nih brutal skit sebab ada sebelah mata je. Dia ala-ala Thor dalam Ragnarok atau pirate gittew.

A juga berpeluang menyertai aktiviti bermain bersama giant lego yang hanya dikenakan bayaran RM2 untuk 30 minit. Murah sangat kan? Giant lego ni ada setiap hari. Just make sure booking dulu waktu permainan yang sesuai sebab ianya adalah berdasarkan first come first serve. Setiap 30 minit waktu permainan tuh hanya 6 atau 7 orang kanak-kanak dibenarkan bermain lego pada satu-satu masa.

A memang enjoy main giant lego tu tapi disebabkan F tiada, dia macam boring sikit sebab tiada kawan hehehehehe.

F dan A sempat juga menyertai dua (2) kali aktiviti senaman yang diiringi dengan lagu kanak-kanak yang sangat catchy.


Tadi ada disediakan booth face painting dengan harga RM5 sekali lukis. Kitaorang tiada rezeki nak mencuba face painting ni sebab PIC pergi makan pada masa kitaorang free nak ke kiosk ni.

Untuk keterangan lanjut berkaitan aktiviti-aktiviti yang disediakan sepanjang cuti sekolah ni, bolehlah layari laman sesawang PPAS di SINI atau hubungi 03-55197667.
Aktiviti penutup sebelum balik....dancing on the dance floor gittew

0 Comments