The Colour Of Inequality Ethnicity, Class, Income And Wealth In Malaysia by Muhammed Abdul Khalid Part 3
Hopefully ini adalah bahagian terakhir untuk
review buku ini. Tak sure macam mana nak crampkan notes in 4 pages kepada 1
entry sahaja nih hehehehehe.
Mukasurat 121 dan 122 di dalam buku ini
mengatakan bahawa lebih 72% Bumiputera tidak mempunyai asset kewangan dan 74.3%
Bumiputera tiada hartanah.
Mukasurat 133 mengatakan bahawa jika hendak
menjadi kaya, kita perlu mengelakkan sector perikanan dan pertanian tapi ianya
tidak dijelaskan secara terperinci tetapi den rasa ni mungkin lebih kepada
perikanan dan pertanian tradisional.
Pemilikan rumah telah menjadi semakin tidak
dapat dimiliki walaupun ianya dikategorikan sebagai rumah mampu milik. Rasanya
kebanyakan rumah mampu milik telah menjadi rumah mampu lihat. Kerajaan
seharusnya revamp housing policy supaya tidak terlalu menyebelahi pemaju,
mengurangkan dan mengambil tindakan terhadap projek perumahan terbengkalai,
menekankan kepada pembinaan lebih perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah,
etc.
Di Malaysia, sistem percukaian memberi
manfaat kepada orang kaya tetapi menekan orang yang dalam kategori sederhana.
Secara kesimpulannya, purata simpanan orang
Malaysia hanya boleh cover perbelanjaan untuk 1.8 bulan. Purata financial asset
hanya boleh cover perbelanjaan untuk 6 bulan sahaja. Majoriti orang Malaysia
tiada asset hartanah.
#Berdasarkan pengamatan den yang tak seberapa
nih masih ramai juga orang Malaysia yang tidak mempunyai simpanan pun, let
alone financial asset dan hartanah.
Banyak lagi isu yang dikupas oleh penulis
buku nih yang faktanya menyebabkan hati den terhiris, etc tetapi tak dapat den
nak meringkaskan buku ini dengan baik sebab ianya begitu real. So kena la baca
sendiri ye.
Ada pelbagai cadangan yang disarankan oleh
penulis buku yang sewajarnya diambil maklum dan diberi pertimbangan untuk
tindakan lanjut oleh Kerajaan bagi menjamin kelangsungan dan keharmonian rakyat
Malaysia. Bumiputera terutamanya orang Melayu juga dimohon untuk bermuhasabah
diri dan mengambil tindakan sewajarnya supaya tidak terpinggir dari tanah air
sendiri.
Kalau bukan kerana member den yang
meminjamkan buku ini dan mengarahkan supaya den membaca buku ni, in sya Allah
memang den tidak akan membaca buku ni sebab buku seumpama ini (yang penuh fakta
dan sangat heavy) tidak termasuk dalam genre buku yang den akan baca. Dah la
buku ilmiah, dalam Bahasa Inggeris plak tuh kan, memang mencabar minda sungguh
nak baca. Terima kasih kawan.
Walau bagaimana pun, den bersyukur sangat
sebab ada rezeki berpeluang membaca buku nih sebab ianya sangat bermanfaat dan membuka
mata den di dalam menilai wealth dan merancang masa depan yang lebih tersusun
dan berhemah especially untuk anak-anak den yang masih kecil tuh dan retirement
mapping untuk den dan buong.
Memang benar hakikat kekayaan tidak boleh
dibawa ke kubur tetapi kekayaan diperlukan untuk kelangsungan hidup supaya kita
sebagai umat Islam lebih dapat menyumbang kepada pembangunan ummah termasuk
meningkatkan kadar bayaran zakat, bersedekah, wakaf, etc. Even kalau kita
dengar ceramah tentang kisah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w, isteri baginda
iaitu Siti Khatijah serta sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar, Saidina
Uthman bin Affan serta Abdul Rahman bin Aouf berupaya menyumbang kepada
perkembangan agama Islam dengan kekayaan mereka.
Bila den dah follow pengarang buku nih di instagram beliau, baru den tau buku
nih ada dalam Bahasa Melayu dengan
tajuk Antara Dua Darjat : Agihan
Pendapatan Di Malaysia tapi kalau den tau terawal pun pasal buku nih pun, den sure tak akan beli.
0 Comments