Kita sambung part 2 pula ye.

1. Buku setebal 186 muka surat (eh betul ke lebih ye?) nih membincangkan tentang evolusi economic inequality and ethnic relations di Malaysia berdasarkan 3 jangka masa iaitu pada zaman penjajahan British (1786 - 1957), selepas merdeka (31 Ogos 1957 - 1970) dan selepas New Economic Policy (NEP) (1970 - 2012).

2. Analisis penentuan kekayaan dibincangkan daripada skop jantina, pemilikan tanah, cukai, pekerjaan, strata, pendapatan, pendidikan dan ethnicity.

3. Perbezaan gaji di dalam pekerjaan swasta (kebanyakannya) dari dulu sehingga kini bagi Bumiputera terutamanya kaum Melayu adalah 20% - 40% lebih rendah daripada non-Bumi terutamanya kaum Cina walaupun sama jantina, sama kelulusan, etc.

#Masa den mula bekerja pada 2001, my best friend si A bekerja di satu syarikat juruperunding di Putrajaya. Walaupun A telah bekerja 3 bulan lebih awal, seorang rakan sekuliah kitaorang (si C) yang masuk kerja di tempat A mendapat gaji yang lebih tinggi (beza dalam RM 350) walaupun mereka berdua mempunya kelulusan, jantina, etc yang sama. Si C adalah seorang Cina. Adakah perkara ini masih berlangsung sehingga sekarang?

4. Kerajaan British memang reservedkan posts di dalam Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada orang Melayu. 

#Gamaknya kalau Kerajaan British tidak memperuntukkan jawatan sebegini kepada orang Melayu, kebanyakan orang Melayu kerja apa je la ye akhirnya?

5. Sektor perkhidmatan beruniform seperti polis dan tentera majority adalah orang Melayu.

#Rasanya sampai sekarang pun majority masih orang Melayu. Kalau ada orang non-Bumi pun mostly diaorang berpangkat tinggi. Contohnya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman sekarang iaitu Datuk Amar Singh Ishar Singh (bekas Ketua Polis Kuala Lumpur). Den rasa dia nih macam sajak ke kalau jadi Ketua Polis Negara kan hehehehehehe. 

6. Menurut buku ini di muka surat 58, orang Melayu terpaksa meminjam daripada ceti India, ceti Cina dan pembesar atau orang kaya Melayu yang mengenakan bunga (interest) sehingga 300% yang mana kebanyakannya tak berkemampuan nak bayar balik pinjaman yang akhirnya menyebabkan tanah, kebun, sawah, etc tergadai. Pada 1909 – 1910, sebanyak 7567 ekar tanah orang Melayu telah berpindah tangan kepada non-Malay.

Ayat “the Chinese capitalists who had money also had no incentives to loan” tak pasti kenapa buat hati den sebak. Mungkin sebab den terbayang dah la dalam keadaan terdesak yang memaksa orang Melayu meminjam duit. Pinjam daripada orang Cina dah tentu la kena bunga tinggi. Pinjam daripada bangsa yang sama pun dikenakan bunga yang tinggi juga. Sure rasa macam hopeless gila. Tak tau kenapa masa tersebak ni, tiba-tiba teringat lagu Warisan (anak kecil main api). Biasa la dah tua-tua macam nih, cepat sangat tersentuh hati.

7. Ada penjelasan agak terperinci di dalam buku ini berkaitan land ownership (pemilikan tanah) tapi den tidak jumpa cari pula dalam nota yang telah den catatkan ni. Tulisan dah macam cacing kerawit, halus pula tuh memang langsung la tak terjumpa cari huhuhuhuhuhu.

#Yang den nak cerita adalah even sampai sekarang, ramai ibu bapa kita orang Melayu yang menjual tanah yang ada untuk mendapatkan wang tunai termasuklah menjual tanah kepada non-bumi kerana non-bumi biasanya ada capital nak membeli tanah dengan segera. Mungkin mereka terpaksa menjual tanah sebab anak-anak tidak dapat memberikan duit kepada mereka untuk menampung hidup seharian (in certain cases, ada ibu bapa masih terpaksa menanggung anak yang telah berkahwin dan beranak pinak). Disebabkan nak survive untuk hidup hari demi hari menyebabkan mereka tidak dapat berfikir nak mewariskan tanah tersebut kepada anak-anak mereka. 

So isu land ownership ini merupakan isu yang berpanjangan dan berterusan sehinggalah hari ini.

8. Buku ini menyentuh sepintas lalu tentang revolusi yang digerakkan oleh orang Melayu terhadap pemerintahan British yang menyebabkan orang Melayu tidak dapat bersaing dengan kaun lain pada mukasurat 60. Antaranya adalah Penghulu Dol Said (Melaka) dan Dato Maharaja Lela (Perak) pada 1875, Dato Bahaman (Pahang) pada 1891, Tok Janggut (Kelantan) pada 1915 dan Haji Abdul Rahman (Terengganu) pada 1928.

#Entah bila la ye den nak ada rasa rajin untuk membaca tentang semua pejuang yang dinyatakan di atas. Hmmmmm.

9. Ada juga diceritakan tentang Malayan Union, penangkapan Dato Onn Jaafar (pengasas UMNO) oleh orang Cina selepas Jepun menyerah kalah, peristiwa 13 Mei 1969, etc.

10. Mukasurat 73. Walaupun selepas merdeka, ekonomi Bumiputera terutamanya Melayu masih tidak dapat dipertingkatkan kerana focus pemimpin adalah untuk control political domain berbanding economic sphere.

#Kenapa den rasanya eventhough kita telah hampir 61 tahun merdeka, isu ini masih berlaku sehingga ke hari ini? Hmmmmm….

Den ada 4 helai catatan lagi berkaitan buku ini. Den harap den dapat ringkaskan semuanya dalam bahagian 3 nanti.

Please read this book. Banyak fakta yang merobek hati dan meruntun jiwa yang perlu kita jadikan pedoman untuk kelangsungan hidup anak cucu kita di bumi Malaysia ini.
My notes on this book

0 Comments