Blog ini telah lama ditinggalkan kerana setelah bertungkus lumus dan bersengkang mata memastikan program NARBO pada 5 - 8 Februari dilaksanakan dengan jayanya, anak den tiba-tiba perlu dimasukkan ke dalam wad kerana demam berpanjangan.

Seumpamanya penat lelah menguruskan program NARBO masih bersisa, tiba-tiba tertambah pula dengan penat menjaga anak sakit di wad camtuh la.

So bila dah kena warded tuh, memang emaknya ini berkampung sama la di hospital. Kena la mengambil cuti rehat dengan jayanya bagi menemai si kedongdang sayang tuh dekat hospital.

First time berurusan dengan Hospital Shah Alam. Selama nih selalunya berurusan di PPUM. In sya Allah bila ada kesempatan nanti, den ceritakan pengalaman den di Hospital Shah Alam nih ye. Secara kesimpulannya, hospital di bandar besar macam Shah Alam dengan kapasiti 300 buah katil adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan pesakit. 

Hari ini baru mula bekerja semula setelah bercuti rehat sekian lama. Ikutkan hati nak cuti je sampai habis raya cina sebab kepala masih weng sebab tak cukup tidur tapi mengenangkan kerja yang telah banyak tertangguh, digagahkan juga la masuk kerja pada hari ini. 

Berbondong-bondong emails yang perlu dibaca dan diambil tindakan. Ada pula dua mesyuarat yang perlu dihadiri. Makanya bertabahlah hati ye kerana inilah realiti kehidupan.

Badan dan otak terasa letih. Kalau den baring kat surau nih, ada harapan den akan terlepas mesyuarat petang karang hehehehehe.

In sya Allah bila ada kesempatan nanti den berceloteh lagi ye.

Till then Gong Xi Fa Chai dan semoga selamat semuanya di dalam perjalanan pulang ke kampung.

0 Comments