Masak untuk mama

F : Nanti abang besar abang kena masak untuk mama ke?

Den : Haah nanti abang kena la tolong masakkan untuk mama ye. Kalau mama dah tak sihat macam nenek, lagi abang kena tolong mama.

F : Abang boleh je masakkan untuk mama tapi abang tak reti nak letak apa. Abang takde buku untuk tengok.

#den suspek buku tersebut adalah buku resepi tapi pelik la juga sebab den mana pernah beli buku resepi. Kalau nak masak, den google je resepi. Celah mana plak dia tau pasal buku resepi nih.

Anak Soleh

Den : A…..A nak jadi anak soleh kan?

A : A tak nak jadi anak soleh.

Den : Kenapa A tak nak jadi anak soleh?

A : A nak jadi anak Ultraman je sebab Ultraman hebat.

Ajak Nenek Ikut Berjalan

Den : Kenapa A tak ajak nenek ikut kita berjalan-jalan?

A : Nenek kan ada kereta sendiri. Nenek naik la kereta nenek. Tak payah la naik kereta kita.

#Bertuah sungguh cucu seorang nih kan.

Birthday Cake

Den : A nak kek birthday apa nanti?

A : Spiderman la.

Den : Betul ke ni nak Spiderman? (Macam tak percaya sebab anak busuk sorang nih peminat tegar Ultraman).

A : Eh….Spiderman la tapi Ultraman lagi hebat.

Den : Dah tuh nak Spiderman ke Ultraman?

A : Ultraman sebab Ultraman lawan raksasa. Spiderman lawan orang jahat je.

Haish…..den sebenarnya dah muntah darah dok tengok dvd Ultraman…huhuhuhuhu

Kalau dikenang-kenang perbualan den dengan kiddos, memang banyak yang buat den tergelak. Harapnya diaorang suka la menyembang dengan den sampai la diaorang besar nanti.

0 Comments