Dalam perjalanan pulang dari pejabat bersama Encik L yang merupakan seorang penglipur lara yang tidak pernah gagal menceriakan suasanan dengan celotehnya.

Encik L : Untung En U tuh kan? 

Den : Kenapa untung (mode blur)?

Encik L : Yalah. Anaknya cemerlang sampai dapat JPA full scholarship untuk sambung degree di oversea. Bukannya senang nak dapat biasiswa penuh JPA zaman sekarang nih.

Den : Haah….untung En U anaknya dapat rezeki macam tuh. Eh tapi En L pun untung juga.

Encik L: Untung apa?

Den : Anak En L kan dah syahadah, siap naik pentas lagi. Rezeki En L dapat anak yang dah berjaya menghafal Al-Quran. Bukan semua orang mampu buat macam tuh.

Encik L : Haah ye tak ye juga kan.

Den : Rezeki dalam hidup nih kan macam-macam En L. Ada rezeki anak pandai dapat belajar sampai oversea, ada rezeki anak hafal al-quran, ada rezeki anak duduk dekat-dekat dengan kita, macam-macam lagi la.

Encik L : Ha…betul tuh.

Kadang-kadang kita tak perasan rezeki kita Allah bagi dalam bentuk yang pelbagai.

#Tapi memang untung En L ada anak yang tahfiz. Den nih jangankan kata nak hafal surah yang panjang-panjang, kalau baca surah Al-Kafirun dalam solat pun kadang-kadang dok terpusing-pusing tak jumpa ayat terakhirnya end up sampai terasa macam ‘eh kenapa tak habis-habis aku baca surah Al-Kafirun nih?’.

2 Comments