Entry ini mungkin kurang sesuai kepada mereka yang telah berkecimpung lama di dalam bidang sukan dan telah jumpa sport bra yang bersesuaian dengan diaorang.

Den just nak share tentang sport bra yang den rasa sedap dipakai dan harganya okay sebab den baru je pun mula bersenam.

Sejak den mula berzumba pada hujung tahun 2016, pakaian pertama yang den cari adalah sport bra yang selesa dipakai dengan harga yang mampu milik. Tuh yang paling penting kerana den nak cari sport bra yang boleh menampung boobs supaya tidak bergoyang-goyang dan tidak sakit bila den berangan bergelinjangan menjadi Jennifer Lopez semasa 1 jam kelas zumba tuh.

Outfit lain macam tank top dan seluar untuk berzumba semua tuh den tak kisah langsung. Even sampai sekarang den masih pakai seluar track suit yang mana sempat disauk dan tshirt yang selesa untuk berzumba tuh.

Disebabkan den pernah survey harga sport bra di kedai-kedai yang berdekatan dengan rumah dan mendapati materialnya macam tak beberapa nak serap peluh dan harga yang ditawarkan agak menjulingkan biji mata, makanya den survey la sport bra yang dijual online. Ada beberapa website yang den tengok tapi den berkenan dengan sehelai sport bra yang dijual di Lazada.

Memang ada pelbagai jenis sport bra yang terdapat di Lazada dari serendah belas-belas ringgit kepada harga yang tinggi tetapi nak cari yang sesuai dengan badan tuh yang payah sikit. 

Sport bra yang telah den beli dan rasa selesa untuk dipakai sehingga hari ini adalah PAlight Women Fitness Yoga Bra Seamless Racerback Padded Sport Bras dengan harga RM 23.20. Sport bra yang sama juga dikenali dengan nama Performa Wireless Comfort Underwear High Quality dengan harga RM 28.90. Sport bra yang sama juga dikenali dengan pelbagai nama lain dengan harga yang berbeza melebihi RM 30 tetapi mereka semua adalah sport bra yang sama.





Semua gambar diambil daripada website Lazada
Ada pilihan warna kelabu, pink, purple dan turquoise.

Sport bra ini didatangkan dalam size S, M, L dan XL.

Bila den pakai sport bra ni masa berzumba, memang terasa selesa di mana boobs tidak bergegar-gegar dan materialnya menyerap peluh. Den memang sangat berpuas hati dan setakat ini masih kekal dengan sport bra ini.

Disebabkan sport bra ini sangat sesuai untuk den, den dah ada 3 helai sport bra dari spesies yang sama dalam pelbagai warna.
#kalau letak gambar den pakai sport bras nih semua karang dah blog nih terkategori sebagai blog 18sx plak ye, makanya den share je la gambar sport bras yang den dah beli tuh k.

Walaupun ada yang kata sport bra ini materialnya cotton tapi kalau ditengok daripada 3 helai sport bra spesies yang sama yang telah den beli, dia tulis kat situ 90% nylon dan 10% spandex but still sport bra ni sangat selesa untuk den.

Selama 1 tahun lebih den dah pakai sport bra spesies nih, den basuh dalam washing machine je sebab den pemalas nak basuh tangan. So far pads kat dalam sport bra nih masih elok. Kalau terpleot sikit tuh, kita just adjust kedudukan pads tuh je.
 
Walaupun rasa selesa setiap individu berbeza-beza kan, boleh je cuba dulu beli sehelai sport bra spesies ini untuk dicuba mana tau sepadan sebab harganya pun masih mampu milik.

So untuk sesiapa yang masih mencari sport bra yang bersesuaian dengan harga yang okay bolehlah tengok di website Lazada ye. Boleh pilih yang mana berkenan di hati sebab dikatakan kat Lazada ni hampir semuanya ada. Kalau dah bercerita pasal pakaian sukan, bukannya setakat pelbagai jenis sport bra je yang ada, tank, kasut, seluar, etc semuanya ada.

Di samping itu, sebagaimana telah diketahui sekian lama oleh ramai rakyat sejagat, Lazada sememangnya merupakan satu platform jualan online pelbagai barangan yang memang menggoda sampai la ada sesetengah pejabat yang meminta bahagian teknologi maklumat di pejabat tersebut memblok website Lazada semasa office hour hehehehehehee (pejabat siapa la tuh kan hehehehehehe).

So bolehlah layari SINI untuk mencuci mata serta membeli belah di Lazada ye. Shop till you drop gittew.

0 Comments