Rancangan awalnya adalah hendak melepak bermalas-malasan di rumah sahaja memandangkan F baru je discaj dari hospital dan masih batuk + A pun masih demam dan batuk juga + kitaorang memang tidak suka berjalan waktu cuti panjang sebab dah tau jalan raya akan sesak teruk tetapi disebabkan ada ubat ibu mertuaku yang tertinggal di rumah den + ada urusan yang tidak dapat dielakkan, makanya termasuk jua la dalam golongan yang berbondong-bondong menyumbang kepada kesesakan jalan raya.

Disebabkan sakan terperangkap di dalam kesesakan jalan raya baik semasa hendak ke Perak, semasa di Perak dan semasa pulang ke Selangor dari Perak, makanya tidak la dapat berjalan ke mana pun sangat kerana hampir separuh dari masa percutian itu telah dihabiskan di dalam kereta mengadap kesesakan jalan raya. 

Maka habislah segala jajan dimakan dan telah habis semua lagu kitaorang dengar di dalam kereta tuh sementara nak menyampaikan dari satu destinasi ke satu destinasi.

Macam mana pun, anak-anak den gumbira sahaja dapat keluar dari rumah. Depa nih kan bawa groceries shopping kat Tesco pun depa dah bahagia gila, lagikan dapat naik kereta berjalan jauh, terperangkap dalam kesesakan teruk diaorang happy je sakan bermain macam-macam kat dalam kereta tuh.

Walaupun tidak sempat singgah ke mana pun, kitaorang dapat tidur satu malam di DHotel di Bandar Seri Iskandar. Siap sempat tengok Black Panther movie lagi di cinema di dalam mall sebelah hotel tuh. Kemudiannya kitaorang tidur satu malam di Bandar Meru Jaya.

Takde la menyinggah ke mana-mana tempat menarik pun sebab by the time sampai hotel, hari memang hampir malam. 

Yang pentingnya urusan di Perak berjaya disettlekan walaupun pada mulanya macam ada halangan. Alhamdulillah, Allah izinkan jua ianya disettlekan walaupun ada cabaran sedikit yang hampir mengundang amukan abalasa puaka biru hehehehehehehehe.

Yang paling buat hati rasa lega adalah apabila ada satu perkara yang den ingat dah tiada harapan tetapi rupanya ada sinar menanti selepas hujan ribut taufan. Semoga ada rezeki di sini hendaknya.

Sempat jua makan apom lenggang walaupun tidak sesedap apom lenggang yang abah beli kat market kat Seberang Jaya tuh.

Tak banyak pun ambil gambar kali ini sebab dah kepenatan terjebak di dalam kesesakan lalu lintas tuh. 

In sya Allah kalau boleh dah tak nak terjebak lagi dengan kesesakan jalan raya yang macam tuh. Tobat rasanya.

However, yang paling penting budak-budak happy dapat berjalan-jalan, dapat ziarah sanak sedara yang kurang sihat dan den + buong dapat selesaikan urusan yang patut.

#CNY kali nih macam tak berkesempatan pula nak makan limau mandarin…hmmmmmm.

0 Comments