Pemberi Hutang Mendapat Pahala Sedekah
Kita nih termasuk dalam golongan yang mana
agaknya apabila bercerita tentang hutang piutang wang sesama manusia?
Hutang sesama manusia je tau bukan hutang dengan
bank atau ahlong atau ceti haram atau PTPTN dan seumpamanya k.
Adakah kita termasuk dalam:
Golongan 1 : Pemberi
hutang dan tak kisah orang bayar hutang tu ke tidak kerana dia memang ada duit
terlebih atau dia dah masak dengan perangai pemiutang yang memang tak akan
bayar hutang atau keadaan memaksa jadi begitu. At one point mungkin dia akan
halalkan je hutang tuh.
Golongan 2 : Pemberi
hutang yang sekali sekala teringat dengan pemiutang yang telah macam terlupakan
hutangnya kepada kita tapi nampak agak berjaya dalam hidup. Sekali sekala kita
termembawang tentang pemiutang ini.
Golongan 3 : Pemberi
hutang yang beberapa kali minta pemiutang bayar hutang tapi pemiutang buat tak faham
bahasa lalu pemberi hutang end up malas dah nak minta hutang tapi memang bila
teringat tentang hutang tersebut lalu sakit hati dan selalu termembawang bila
teringatkan hutang yang tidak dibayar itu.
Golongan 4 : Pemberi
hutang yang beberapa kali minta pemiutang bayar hutang tapi pemiutang buat tak hairan
lalu pemberi hutang berasa sangat sakit hati dan berazam nak tuntut hutang
tersebut di akhirat.
Golongan 5 : Pemiutang yang berhutang sebab keperluan
mendesak dan membayar apabila sampai masanya atau bila ada duit.
Golongan 6 : Pemiutang yang berhutang sebab ada kehendak
tetapi tetap bayar hutang apabila telah diminta beberapa kali oleh pemberi hutang.
Golongan 7 : Pemiutang yang berhutang tetapi tidak ada kesedaran
diri untuk bayar hutang tetapi boleh pula berjimbaan di sana sini dan
bershopping sakan lalu mengherdik or worse mencaci maki bila pemberi hutang
bertanyakan tentang hutangnya.
Golongan 8 : Pemiutang
yang berhutang tetapi tidak ada kesedaran diri untuk bayar hutang lalu bila
pemberi hutang call kita tak angkat, atau block nombor pemberi hutang atau kita
terus tukar nombor telefon, etc.
Mungkin banyak lagi kategori yang ada
berkaitan dengan pemberi hutang dan pemiutang ni tapi den ringkaskan kepada 8
golongan ni la ye (4 golongan pemberi hutang dan 4 golongan pemiutang).
Den rasa setakat nih den termasuk di dalam
golongan 2 hehehehhehe.
Ada orang yang berhutang dengan den masa den
belajar lagi sebanyak RM XXX. So kalau nak diikutkan dah hampir 18 tahun dia
berhutang dengan den. Kalau kira 5% dividen, sekiranya duit RM XXX den masukkan
dalam Tabung Haji pada 2001 dan tidak berusik sehingga post ini dibuat, den
mungkin dah ada dalam RM XXX X++++ hehehhehehehee.
Pemiutang tersebut sekarang den boleh katakan
berjaya sebab selalu share dalam media sosial dia berjalan sakan dan perniagaan
beliau semakin maju.
Sekali sekala bila status beliau lalu kat FB
den yang biasanya cerita best-best, den akan teringat tentang hutang RM XXX
tersebut.
Baru-baru ni den terbaca di FB Khairy Tajudin
tentang kata-kata seorang ustaz “Jika kita sedekah, maka kita akan dapat pahala
sekali sedekah. Tetapi jika kita bagi hutang, selagi mana orang yang berhutang
itu tidak membayar hutang kita, maka setiap hari kita akan mendapat pahala
sedekah” camtuh la.
Seperti perumpamaan the ship has sailed, den
memang tidak akan minta lagi dah pemiutang membayar hutang ini sebab dah banyak
kali tanya kot kan, dah malas dah. So harapnya ada la rezeki den untuk mendapat
pahala sedekah tuh.
Tapi den pernah jumpa orang yang termasuk
dalam golongan 1 di mana dia memberikan hutang sebanyak ribu-riban 30 tahun
dahulu kepada seorang pemiutang tetapi pemiutang tidak bayar-bayar sampai ke
sudah.
Mungkin disebabkan pemberi hutang ini
berlapang dada atas apa yang berlaku kepada beliau, hidup beliau Allah blessed
in another way. Walaupun beliau terpaksa berjimat cermat dengan sangat jayanya,
beliau mendapat rezeki anak-anak yang mendengar kata, rezeki pekerjaan yang
baik, kesihatan yang sangat okay, etc.
But still bukan semua orang kot boleh ada
rasa berlapang dada macam ni. Den sendiri memang tak boleh buat macam nih.
Kesimpulannya, hutang tetap perlu dibayar.
Kalau tidak bayar di dunia, perlu bayar di akhirat.
2 Comments
Kalo hutang zaman ko belajar dah berbelas tahun, better ko mintak kat dia dari ko membawang pasal dia. Kadang2 dia lupa. Mcm aku jgk. Ada aku utang sorang kawan aku rm100. Sungguh aku terlupa. Dia pon tak pernah ingatkan aku. Tp assume aku taknak bayar utang dia. Lepas dah bertahun2 baru dia cakap. Aku terus bayar utang dia on the spot siap bagi lebih lagi sedekah hadiah kat dia. Tp kalo ko dah cakap dia masih berdegil taknak bayar, itu ikut ko la nak halal ke tak. Org utang aku ratus2 biasa aku halal jer kalo dia x mampu. Sebab aku fokus org yg hutang aku puluh2 ribu. Yg dah meninggal pon ada. Tp waris taknak bayarkan utang dia dan mntak aku halalkan. Padahal bini dia guru besar, anak dia peguam dgn engineer petronas. So aku tak rasa aku patut halalkan duit aku untuk org mcm ni walaupun ko dah masuk kubur. Mntak maaf la kasar sikit bahasa aku guna.
ReplyDeleteSorry baru perasan komennya. Terima kasih atas nasihat dan berkongsi cerita
Delete