Blog ni dah lama tidak berupdate kerana sebagai den dan team sangat busy dengan pelaksanaan program seperti tajuk di atas.

Kalau pada tahun lepas, den menyertai program seumpamanya di Bangkok, tahun ini pejabat den dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan program ini. 


Disebabkan unit den dipilih sebagai urusetia utama untuk program ini makanya kitaorang sangat sibuk sejak bulan November 2017 yang lepas sehingga la program berlangsung pada 5 - 8 Februari 2018. Semua urusetia yang terlibat hanya dapat menarik nafas lega selepas peserta terakhir dihantar ke KLIA untuk balik ke negara beliau.

Bila dah jadi urusetia utama nih memang la peranannya tuh macam emak pengantin nak kena pastikan semua perkara berjalan lancar. Seminggu sebelum program berjalan sehingga peserta dihantar ke KLIA, keadaan semua yang terlibat adalah seperti makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi tak basah camtuh.
Persiapan oleh team yang sangat komited

Walaupun ada a few hiccups here and there (termasuklah peserta jatuh sakit, peserta tertinggal bas semasa site visit, etc), Alhamdulillah dengan rahmat Allah program kitaorang berjalan lancar mengikut jadual walaupun ada perubahan di saat-saat akhir macam tambahan presentation dan site visit adhoc, etc.

Terima kasih daun keladi kepada semua urusetia, pihak berkepentingan yang sama-sama menjayakan program ini serta peserta yang memberikan kerjasama yang sangat cemerlang sehingga akhir program.

Lepas program berakhir pada 9 Februari tuh, boleh jelas kelihatan semua urusetia dah layu. Badan memang rasa lunyai sebab sakan dok bergerak ke hulu ke hilir, mata pun rabak sebab tak cukup tidur, muka masing-masing dah macam belacan by the time site visit terakhir di River of Life, Kuala Lumpur tuh heheheheheehe.
Menunggu semua peserta selamat sampai ke hotel from the last site visit
Nak kena pergi urut nih baru badan sedap sikit nanti.

Tapi bak kata anak buah den, kalau boleh dah tak nak jadi mak pengantin dalam masa terdekat lagi sebab penat fizikal, mental dan emosi oiii membuat persiapan dan memastikan perjalanan program dengan lancar.

Alhamdulillah, settle satu Sasaran Kerja Tahunan yang paling heavy untuk unit den pada tahun 2018 nih.

0 Comments