Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha oleh Hamka Kereta Mayat
Buku nih den dah baca ¾ pada tahun 2016 tapi
tidak terhabis baca kerana begitu la love hate relationship den dengan buku
berkonsep ilmiah nih. Buku-buku berkaitan dengan agama tuh macam liat bebenar
nak dibaca tak pasti la kenapa. Dajjal sungguh nih.
Alhamdulillah buku dengan 338 mukasurat ini
akhirnya den ulang baca dari mula dan berjaya menghabiskannya dalam tempoh satu
minggu pada awal bulan Februari ni.
Buku Menangkap Dajjal Di Waktu Dhuha ini
membincangkan isu-isu semasa yang kerap kali ditimbulkan di media sosial yang dinyatakan
di dalam bentuk penceritaan di antara suami isteri, rakan tauldan dan jiran
tetangga serta penduduk kampung berdasarkan waktu solat (wajib dan sunat) diselang
selikan dengan maklumat berkaitan Dajjal (baik fakta atau auta yang ada
sesetengah orang pernah percaya).
Antaranya adalah isu:
1. Penggunaan singkatan perkataan
Assalamualaikum kepada Salam dan Akum, Muhammad kepada Mohd, etc yang dikatakan
akan merosakkan akidah.
2. Kes misteri seperti sejadah berdiri
sendiri, etc.
3. Isu pembaziran semasa pilihanraya (terutamanya
daripada segi menggantung bendera dan poster calon secara berlebihan). Lebih
membazir kita di negara Islam berbanding dengan orang bukan Islam di negara
luar.
4. Ayam goreng perisa ori haram dibeli kerana
profitnya diguna untuk membantu ekonomi Zionist. Selalu je isu jom boikot McD
akan tercetus semula apabila Palestin diserang. Buku ini membincangkan isu ini
secara ringkas.
5. Adakah vaksin senjata dajjal? Isu vaksinasi
ini hebat diperbincangkan di antara kumpulan pro-vaksinasi dan anti-vaksinasi. Siapa
yang wajar dipercayai? Expert opinion @ doctor perubatan dan fakta atau mereka yang bukan daripada bidang perubatan? Even
walaupun JAKIM telah mengatakan hukum bagi vaksinasi adalah harus masih lagi
golongan anti-vaksinasi mempunyai hujah mereka sendiri.
6. Debat tentang kejayaan manusia sampai ke
bulan. Adakah mitos semata atau teori konspirasi atau hakikat atau apa
sebenarnya?
7. Dosa memfitnah menyebarkan maklumat tanpa
dipastikan kesahihan maklumat tersebut terutamanya menerusi FB atau media
sosial lain. Peranan kita sebagai umat Islam untuk share dan like sesuatu post
yang tidak diketahui sumber dan buktinya.
8. Penyebaran maklumat palsu termasuk oleh
orang yang dikatakan ustaz termasuk berkaitan ramalan berlakunya kiamat dan
kedatangan dajjal.
9. Ringkasan tanda-tanda kiamat.
10. Tajuk Beranak Di Hospital Bakal Menjadi
Anak Dajjal membincangkan secara ringkas tentang isu yang hangat diperkatakan
di media sosial dalam 2,3 minggu lepas iaitu berkaitan dengan gerakan yang
menggalakkan ibu bersalin di rumah dengan dipantau oleh doula atau peneman yang
tidak mempunyai kepakaran perbidanan. Perkara ini telah menyebabkan beberapa
kes kematian kepada ibu dan juga bayi yang dilahirkan. Perkara ini sangat
serius sehingga Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan
tentangnya.
Banyak lagi isu semasa yang dikupas di dalam
buku ini. Korang semua kena baca sendiri la ye hehehehehe.
Kebetulannya bila den dah selesai membaca ¾ buku
ini pada Jumaat 2 minggu lepas, den tertengok rancangan ulangan Halaqah di TV9 Episod
18 (2016) bertajuk Pemerintahan Dajjal di mana Dato’Dr Danial Zainal Abidin dan
Ustaz Tarmizi Haji Ali mengupas tentang isu dajjal. Macam ada percanggahan
sikit kupasan daripada rancangan Halaqah tuh dengan ulasan dari buku ini ke
sebenarnya den yang tak faham dan terkeliru ye?
0 Comments