Bermula dari 26 sehingga 28 Februari, laman platform membeli belah secara talian terkemuka di Asia Tenggara iaitu Shopee bakal mengadakan KEMPEN HARI GAJI.

Bagus betul think tank Shopee ni sebab buat Kempen Hari Gaji ni sebab selalunya kita akan shopping bila masa dah mendapat gaji, tak kisah la shopping secara online atau shopping secara fizikal. Fakta ini disokong dengan analisis Shopee sendiri, melalui Pengarah Urusan Serantau Shopee iaitu Ian Ho yang mengatakan purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji dari 25 sehingga 31 hb setiap bulan. 

So dalam masa 2 hari akan datang, silalah membeli belah till you drops gittew di antara 26 sehingga 28 Februari dan berpeluang mendapat kembali pulangan tunai sebanyak 18% dalam bentuk syiling Shopee. Bagi setiap pembelian RM1, orang yang shopping tu akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 

Analisis Shopee juga mendapati rekod traksaksi pembelian adalah tertinggi semasa waktu makan tengahari dan selepas makan malam. Shopee merumuskan bahawa kebanyakan pengguna platform ini membuat urusniaga melalui pemindahan wang secara dalam talian. Ini diikuti oleh bayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan pemindahan bank. Terima kasih Shopee kerana menyediakan pelbagai kaedah pembayaran yang memudahkan kita semua nak membeli belah. 

Kategori yang telah dikenalpasti sangat laku jualannya semasa tempoh mula mendapat gaji adalah produk mobil, gajet, kesihatan kecantikan, permainan, produk kanak-kanak dan bayi, pakaian wanita, perabot serta perhiasan rumah. 

Shopee sebenarnya telah memulakan jualan pre-Kempen Hari Gaji ini sejak 3 hari lepas iaitu dari 21 Februari di mana Shopee menawarkan pelbagai barangan dengan harga yang competitive daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 

Sepanjang 3 hari kemuncak kempen iaitu dari 26 sehingga 28 Februari ini, kita semua boleh membeli belah bagi lebih 5000 produk terpilih dalam pelbagai kategori dengan harga yang sangat menggoda. Shopee turut bekerjasama dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, L’Oreal, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk mberikan penjimatan berganda kepada pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia.

Shopee turut mengadakan Jualan Murah Shocking Sale sebanyak 5 kali sehari sepanjang tempoh Kempen Hari Gaji yang menawarkan produk kegemaran ramai pengguna dengan harga yang amat rendah bagi tempoh terhad sehingga stok habis.

Selain itu, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan penguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama merupakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM 3,999. 

Jangan ketinggalan untuk menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen berlangsung dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM 4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah Oppp F5 dan Penyedut Hampagas Dyson. 

Wow….banyak betul tawaran menggoda jiwa oleh Shopee sempena Kempen Hari Gaji nih. Moh kita sama-sama mengambil tawaran membeli pelbagai barangan yang memang kita dah aim lama dengan harga yang lebih rendah di samping mengumpul syiling Shopee serta merebut peluang mendapatkan hadiah-hadiah yang sangat best.

Mari kita beramai-ramai shopping di website Shopee di www.shopee.com.my atau download aplikasiShopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Selamat bershopping ye.

0 Comments