Kolam Biru @ Blue Pond, River of Life (ROL), Kuala Lumpur
River of Life (ROL) atau Projek Sungai Nadi
Kehidupan merupakan salah satu projek Kerajaan Persekutuan bagi memelihara dan
memulihara sungai dan persekitarannya bagi menjayakan gagasan Greater Kuala Lumpur
City.
Projek ROL yang melibatkan pelbagai jabatan
dan peruntukan yang maha besar ini dimulakan sejak 2011 dan akan berakhir pada
2020 kalau tidak silap. Ada 13 komponen utama atau Key Initiative untuk
merealisasikan hasrat menjadikan sungai-sungai di dalam kawasan terlibat
akhirnya mencapai Kelas IIB yang bersesuaian untuk aktiviti rekreasi dengan
body contact.
Terasa gomen habis dengan ayat di atas
hehehehehe.
Yang den nak ceritakan nih pasal salah satu
komponen projek iaitu Kolam Biru atau Blue Pond yang merupakan river
beautification projek yang terletak di sebelah Bangunan Sultan Abdul Samad di
mana tempatnya sesuai untuk kita bawa family berjalan-jalan mengambil angin
malam gittew. Den tau pasal nih pun sebab terjebak membawa peserta program
NARBO ke tapak projek ini.
Berdasarkan penerangan oleh pegawai Bahagian
Pengurusan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan dan
brochure yang diberikan, objektif Kolam Biru sepanjang 10.7 km Sungai Gombak
dan Sungai Klang adalah untuk ‘transfroming Klang and Gombak Rivers into a
vibrant and liveable waterfront with high economic value’.
Memang cantik k Kolam Biru nih sebab air
Sungai Gombak dan Sungai Klang di sini bewarna biru disebabkan oleh lampu biru
dan siap ada kabus-kabus lagi hehehhehhehhee. Tempat yang memang sangat cantik
untuk kita berjalan-jalan dan mengambil gambar. Kalau ambil gambar pre-wed pun
cantik rasanya.
Tapi kena datang malam la ye baru nampak Kolam
Biru nih.
Kalau datang siang memang nampak la air
Sungai Gombak dan Sungai Klang yang masih bewarna teh tarik dan kecoklatan di
samping sampah sarap yang terapung dan mengalir di dalam kedua buah sungai tu.
Kita boleh berjalan di sepanjang tepi sungai
melihat pemandangan cantik sungai berwarna biru.
Ada juga ikan kap di bahagian tertentu di
dalam kolam kecil di tepi sungai tersebut. Den tak sempat nak ambil gambar
sebab bateri handphone dah kong.
Boleh juga naik ke anjung tinjau atau
observation deck untuk melihat pemandangan Kolam Biru dari
pandangan atas. Di sini ada disediakan maklumat berkaitan projek Kolam Biru
ini.
Ada café bersebelahan anjung tinjau tetapi
tak pasti samada masih belum beroperasi atau bagaimana. Kalau café nih
beroperasi boleh la kita duduk minum sambil melayan pemandangan cantik Kolam
Biru.
KL Tower dan KLCC juga kita boleh nampak dari
kejauhan dari Kolam Biru ini.
Di pertembungan sungai di antara Sungai Klang
dan Sungai Gombak, terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama.
Terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik katanya yang akan berkumandang yang
bermula pada 9.15 malam dan berakhir pada 11.00 malam.
pertembungan Sungai Gombak dan Sungai Klang |
Yang den rasa sedikit terkilan adalah ada 2
buah lagu bagi etnik International iaitu irama Star Wars dan Rolling In The
Deep (Adele). Bagi den, untuk memperkenalkan budaya 1Malaysia, kita patut
memperdengarkan irama Malaysia la. Mungkin boleh pertimbangkan untuk gantikan irama
Star Wars dan Rolling In The Deep dengan irama etnik bangsa Cina dan bangsa
India. Barulah masyarakat majmuk kan?
Sesiapa yang nak bawa keluarga bersiar-siar
di Kolam Biru ini boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta di bawah
Dataran Merdeka. Dari tempat letak kereta ini, kita perlu menyeberang jalan untuk
sampai ke waterfront yang berkenaan.
Tiada bayaran yang dikenakan sebab ini adalah
kawasan terbuka. Cuma kalau bawa anak-anak kecil kena berhati-hati jangan
sampai terjatuh dalam sungai.
Make sure datang pada waktu malam ye.
Mungkin la Kolam Biru ini tidak setanding
dengan restoration projek Sungai Cheonggyecheon di Korea Selatan yang mana
aliran sungai yang telah dikonkritkan dipulihkan semula kepada natural stream
yang menjadi pusat rekreasi terkenal di kalangan penduduk setempat dan
pelancong asing tapi kita tetap perlu beri sokongan kepada mana-mana projek
berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Kita perlu mula somewhere kan?
Jom lawat Kolam Biru @ Blue Pond.
1 Comments
You are welcome. In sya Allah memang cantik tempatnya dengan syarat kita datang tengok waktu malam ye. Kalau datang waktu siang ianya dah tak jadi Blue Pond, ia akan jadi Brown Pond sebab warna sungai yang mengalir di siang hari memang jelas kecoklatannya hehehehehhe
ReplyDelete