Klinik Untuk Bersunat Anak Lelaki Di Shah Alam
Disebabkan kedua-dua orang anak den nih
heroes, makanya agenda untuk memastikan mereka bersunat memang dah ada dalam
perancangan.
Untuk kedua-dua anak den, mereka dah bersunat
pada umur 3 tahun. F disunatkan pada tahun 2013. A baru je bersunat pada
Disember 2017 yang lepas.
So den nak kongsikan klinik di mana mereka
berdua ni bersunat sebab perkhidmatan yang diberikan sangat memuaskan dengan
harga mampu milik serta elok je keadaan ‘bebird’ tuh selepas bersunat (menurut
Dr di klinik lain).
Yalar bila terbaca ada budak yang terpotong
birdnya semasa bersunat, dah langsung mak ayah kengerian kan? Semoga dengan
perkongsian den nih, mak ayah ada pilihan untuk decide klinik dan kaedah mana
yang sesuai untuk menyunatkan anak-anak lelaki.
Den dan buong buat keputusan nak menyunatkan
budak-budak nih pada umur 3 tahun lebih sebab diaorang selalu je kegatalan kat
bebird tuh. Alhamdulillah lepas bersunat dah macam takde langsung gatalnya.
Klinik yang den maksudkan adalah Klinik Noor
Hajar yang terletak di 29, Jalan Nelayan 19/A, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor. Nombor telefonnya adalah 03-55411075.
Klinik nih
ada 2 cawangan di Shah Alam. Lagi satu di Seksyen 18, Shah Alam.
Untuk urusan
bersunat anak lelaki hanya dibuat di Seksyen 19 ye.
Kalau nak
anak-anak lelaki bersunat pada musim cuti sekolah kena booking dulu awal-awal
sebab memang akan penuh jadual untuk program bersunat tuh. Bila dah daftar nama
anak untuk bersunat, make sure pada hari kejadian datang paling awal yang boleh
(klinik mula beroperasi pada 8.30 pagi) supaya dapat menjadi antara orang yang
terawal disunatkan oleh Doktor sebab ia adalah first come first serve pada hari
tersebut.
Kalau dapat
giliran awal, budak-budak pun kurang berdebar sebab yang paling berdebarnya
adalah masa nak tunggu giliran untuk bersunat tuh. Dengar pula budak-budak yang
sedang disunatkan tuh menangis sakan, yang sedang menunggu di luar bilik sunat
tuh yang akan end up berdebar macam nak pengsan.
F disunatkan oleh co-owner klinik iaitu Dr
Fauzan yang handsome, ramah, layan je apa soalan yang ditanya dan sangat
berhemah tuh. A disunatkan oleh protégée Dr Fauzan (gamaknya la hehehehehehe)
iaitu Dr Mubin (eh betul ke nama Dr nih). Mula-mula berdebar juga sebab Dr
Mubin nih nampak muda belia bebeno tapi dah namanya Dr kan, in sya Allah dia
tahu apa yang dia buat.
Kaedah bersunat yang digunakan di klinik nih
adalah bius dan clamp. Aktiviti bersunat nih rasanya tak sampai 10 minit pun
dah selesai. Budak-budak nangis tuh biasa la sebab sakit kena injection bius
pada bird tuh. Lepas tuh dah okay sebab dah ada ubat bius. Lepas ubat bius
habis mula la drama kesakitan menahan luka. Doktor akan bekalkan ubat sapu pada
keliling luka, ubat tahan sakit dan ubat kurangkan bengkak.
Bagi kedua-dua anak den, daripada lepas
bersunat, the first 5 days tuh memang jenuh la nak melayan diaorang menangis
sebab sakit tapi pergerakan okay je sebab luka dilindungi oleh clamp tuh cuma
mereka akan rasa tidak selesa la. In sya Allah lepas seminggu, luka semakin
baik dan clamp pun dah boleh dibuka. Buka clamp tuh sekejap je tak sampai 5
minit pun. Lepas clamp dibuka, perlu at least another 7 days untuk luka
betul-betul kering.
Masa F bersunat pada tahun 2013, bayaran yang
dikenakan dalam RM 120 kalau tak silap (dah lupa sebab dah lama). Untuk A yang
bersunat pada Disember 2017, bayaran yang dikenakan adalah RM 150. Bayaran yang
terlibat adalah bagi aktiviti bersunat + ubat-ubatan yang berkaitan.
Terpulanglah pada ibu bapa nak bagi anak-anak
bersunat bila kan cuma Dr Fauzan pesan kalau bersunat bila budak-budak masih
kecil (bawah 7 tahun macam tuh) kena make sure kulit yang dipotong tuh
ngam-ngam (tidak terlalu sedikit) kerana kalau terpotong kurang daripada kiraan
sebenar, kulit tuh mungkin akan menyelaputi semula bird tuh dan end up the
kiddos kena bersunat lagi sekali bila diaorang dah besar. So kesian la kan kena
bersunat sampai dua kali.
#being a dramatic boy macam
mama dia juga hehehehehe, si A tuh bila nak pergi klinik sekarang nih sebab
demam ke apa, dia memang akan tanya ‘nanti Doktor potong lagi tak mama?’.
Kesian anak busuk den tuh, trauma bersunat tuh tak habis lagi.
5 Comments
Dah call.. baby baru nak masuk 3bulan.. tanya caj sekali, RM250-300 dah 😂
ReplyDeleteOoooo sudah naik ke cajnya atau untuk baby memang mahal sedikit?
Deletememang sunat baby mahal
DeleteKak nak tanya. Memang ambik 2 minggu ke nak sembuh betul?
ReplyDeleteUntuk anak saya memang ambil masa 2 minggu untuk betul-betul sembuh
Delete