Jualan Gudang Karangkraf 2018, 23 Februari - 4 Mac 2018, 9 pagi - 7 malam, Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
Den terjebak menghadirkan diri ke Jualan
Gudang Karangkraf pada 24 Februari adalah kerana den nak beli novel Tombiruo
karya Ramlee Awang Mursyid yang member den cakap sangat best.
#Bila den cakap dengan dia den tak pernah tau
kewujudan novel Tombiruo atau Ramlee Awang Mursyid, member den pandang den
seumpama den pandang member den yang lain yang tak pernah tau tentang kewujudan
novel Harry Potter atau JK Rowling heheheheehehe.
Kawasan letak kereta di perkarangan gudang
Karangkraf nih memang banyak, so in sya Allah mudah kita nak letakkan kereta
kita. Disebabkan tak ramai orang lagi yang hadir ke jualan gudang ni pada hari
yang den pergi, makanya tidak la bersesak-sesak sangat di dalam gudang tuh.
Masa den berada di jualan gudang tuh mencari
buku Tombiruo, ada 3 aktiviti yang diadakan iaitu cara pemakaian shawl dan 2
program happy hour pemberian voucher RM 10 KFC oleh Sinar Harian. Happening
sungguh.
Tutorial pakai shawl |
Ada juga penulis novel yang ada untuk sign
novel-novel mereka yang kita beli tapi den tak kenal la pula yang mana
penulis-penulis novel tersebut huhuhuhuhu.
Ada pelbagai buku kerja terutamanya untuk
UPSR, UPKK dan PSRA, novel, Al-Quran, buku-buku agama, etc yang dijual di sini
dengan harga diskaun. Setiap buku berbeza diskaunnya. Dikatakan ada buku
serendah RM 1. Kalau ada kad VIP Karangkraf, diskaun tambahan akan diberikan ke
atas beberapa buku yang kita beli.
Den cadangkan untuk sesiapa yang masih belum
mempunyai kad VIP Karangkraf untuk mendaftar di kaunter yang disediakan sebelum
membeli mana-mana buku. Den sempat mendaftar untuk kad VIP Karangkraf dengan
harga RM 10 seumur hidup. Antara kelebihan utama kad VIP ini adalah diskaun
yang tersendiri bagi pembelian buku, majalah dan novel terbitan Karangkraf.
My VIP card |
Terdapat pelbagai aktiviti lain seperti sesi
beramah mesra dengan penulis novel, etc.
Di luar gudang ini disediakan gerai makanan
yang menjual air, makanan ringan serta makanan ringkas seperti laksa, etc.
Disebabkan target den adalah untuk membeli
buku Tombiruo sahaja, makanya den tidak tengok banyak buku lain.
Den terjumpa beberapa novel karya Ramlee
Awang Mursyid. Tiada novel Tombiruo yang dijumpai (tak pasti samada telah habis
dijual ke macam mana). Akhirnya den pilih novel Legasi Tombiruo dan Mandatori
karya Ramlee Awang Mursyid untuk dibeli. Den beli Legasi Tombiruo sebab den
agak-agak ianya adalah sequel kepada Tombiruo. Membaca synopsis novel Mandatori
mengingatkan den kepada movie lakonan Gerard Butler iaitu Law Abiding Citizen
(antara movie terbaik beliau bagi pendapat den).
Disebabkan den memang tidak ada pengalaman
dengan banyak novel Melayu, makanya den akan cuba baca dua novel ni dulu
daripada Ramlee Awang Mursyid.
So kepada mereka yang sedang mencari pelbagai
novel daripada pelbagai genre dengan harga diskaun, bolehlah singgah ke Jualan
Gudang Karangkraf nih ye.
Marilah kita bersama-sama membina generasi
berilmu dengan membaca.
#Sekali ayat penutup macam ayat kempen gomen
da hehehehehehe.
0 Comments