CIMB : Mohon Tambahbaik SOP Anda? Part 1
Banyak perkara berkaitan urusan kewangan di
bank yang kadang-kadang den tak beberapa nak faham sebab den memang blur like
that.
Den nak cerita pengalaman den berurusan
dengan CIMB melalui Call Centre mereka dan CIMB Seksyen 9, Shah Alam untuk mengemaskini
perkara-perkara berkaitan urusan kewangan peribadi daripada awal Januari
sehingga la hari ini.
Tutup Akaun
Baru-baru ini den perlu untuk tutup akaun ABC.
Bila den pergi berurusan di cawangan CIMB Seksyen 9, pegawainya cakap perlu
buat isi borang sekian, etc. Lalu den selesaikan semua perkara seperti arahan
pegawai tersebut.
2,3 hari selepas itu, den terima panggilan
telefon daripada Call Center CIMB. Perbualan adalah seperti berikut:
Call Center CIMB : Puan perlu buat surat
kepada CIMB untuk tutup akaun ABC tersebut dan dapatkan cop pengesahan CIMB Seksyen
9 yang mengatakan mereka menerima surat tersebut.
Masa nih den dah terasa nak berangin walaupun
masih sepoi-sepoi bahasa.
Den : Kenapa pegawai di cawangan tak jelaskan
kepada saya yang saya perlu buat surat permohonan untuk tutup akaun tuh. Dia
kata isi borang je.
Call Center CIMB : Saya tak pasti puan tapi sepatutnya pegawai
memang jelaskan kepada Puan yang CIMB perlukan surat permohonan untuk tutup
akaun tersebut.
Den : You all nih kan antara bank besar kat
Malaysia nih. Macam mana SOP you all tentang urusan untuk tutup akaun nih.
Macam mana staff you all tak pasti tentang SOP yang ada?
Masa nih angin dah bertiup agak kencang
walaupun masih ditahan-tahan. Langsung la keluar perkataan you all gittew
hehehehehe.
Call Center CIMB : Minta maaf puan tapi ini adalah prosedur.
Nanti lepas puan dapatkan cop terima pengesahan di CIMB Seksyen 9, puan
emailkan kepada saya surat tersebut ye. Email saya adalah xxxxxxx.
Makanya dengan hati yang masih panas, den
karang la surat permohonan menutup akaun ABC. Bila den pergi ke CIMB Seksyen 9
untuk menghantar surat tersebut serta mendapatkan cop pengesahan terima,
perbualan berikut berlaku:
Pegawai CIMB Seksyen 9 : Puan, kita tak
perlukan surat permohonan tutup akaun ABC nih. Prosedur kita adalah Puan isi
borang yang telah Puan isi hari tu.
Den : Call Center CIMB yang minta saya buat surat
permohonan tutup akaun ABC nih. Saya tak pasti you all punya prosedur sebenar
macam mana tapi boleh tak cop terima surat saya ni supaya saya boleh emailkan
kepada pegawai terlibat di Call Center CIMB.
Pegawai CIMB Seksyen 9 : Puan, kita dah tutup
beribu-ribu akaun, tak pernah pun kita request surat permohonan tutup akaun
tau.
Den : Saya pun tak pasti la puan tapi inilah
yang diminta oleh Call Center CIMB.
Makanya lepas dapatkan cop pengesahan, den
pun email la kepada pegawai di Call Center CIMB.
Persoalan
den : Kenapa tiada penyelarasan antara ibu pejabat, call centre CIMB dan
cawangan CIMB. Prosedur sepatutnya standard kot. CIMB ni antara bank terbesar
kot kat Malaysia, SOP masih tidak teraturkah?
SOP CIMB perlu dikemaskini dan ditambahbaik
untuk memudahkan urusan pelanggan mereka tak kisah la pelanggan tu ada simpanan
RM 20 je pun di CIMB. Untuk kes den di atas, dah den terpaksa ke CIMB Seksyen 9
sampai dua kali. Ini melibatkan masa den kena keluar pejabat, masa nak cari
tempat letak kereta, etc. Kalau SOP nya jelas, kan mudah den berurusan sekali
je di CIMB Seksyen 9 CIMB Seksyen 9 tuh.
Den akan cerita dalam next entry tentang release
letter daripada CIMB yang tidak kunjung tiba sampai ke sudah.
2 Comments
Cimb sejak dua menjak ni dah cerwet..kak shaz pun dah close akaun dgn CIMB...isi boramg je..then akaun close..takde buat surat
ReplyDeleteItu yang pelik tuh kenapa prosedur tutup akaun di cawangan tak sama dengan call centre. CIMB dah tak mesra pelanggan macam dulu huhuhuhuhu
Delete