Temuduga
Pada hujung Disember 2017, den menghadiri
temuduga di satu tempat di Petaling Jaya.
Kali terakhir den menghadiri temuduga kalau
tak silap den adalah pada tahun 2005 ke 2006.
Disebabkan telah hampir 12 tahun la den tak
pernah hadiri apa-apa temuduga, makanya den jadi sangat nervous. Dah la
temuduga tentang career yang totally different dengan apa yang den dah buat
selama hampir 17 bekerja nih.
Den cuba study apa core, nature dan falsafah syarikat
tersebut, fikir apa jenis sumbangan den boleh contribute pada syarikat
tersebut, susun semua sijil yang tak pernah disusun sejak 17 tahun lepas, cari
mana la den campak transkrip dan ijazah den semua tuh, etc.
Yang paling den susah hati sebenarnya nak
berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris semasa interview nanti sebab Bahasa
Inggeris den memang la sangat terpleot, tak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Esoknya nak interview tuh, malamnya dah tidur
tak lena. Hampir setiap jam terjaga-jaga sebab nervous punya pasal. Dramatik
sungguh den nih ha.
Sesi interview adalah bersama founder
syarikat tersebut. Tiga orang calon ditemuduga pada masa yang sama. First time
experience untuk den sebab 3,4 interview yang den pernah hadir sebelum nih
semuanya ditemuduga seorang demi seorang.
Dua orang calon yang ditemuduga bersekali
dengan den tuh adalah adalah muda belia sangat (dalam 20an). Penemuduga terdiri
daripada dua orang wanita yang sangat berkaliber. Salah seorang daripadanya dah
beberapa kali masuk televisyen di atas kredibiliti beliau sebagai SME (subject matter
expert). Very soft spoken and beautiful woman.
Alhamdulillah the interview went well,
tidaklah mengerikan sangat sebab temuduga tuh dijalankan dalam keadaan yang
sangat santai. Walaupun den sedar Bahasa Inggeris den tidaklah memberangsangkan
seperti slang Harry Potter, den dapat jawab semua soalan yang dikemukakan dan
beri pandangan apabila diminta.
Yang menarik tentang temuduga nih adalah
towards the end of it, kitaorang bertiga diminta menyanyi apa-apa lagu yang
terlintas di kepala kitaorang pada ketika itu. Boleh pula dalam macam-macam
lagu den tau, den hanya teringat lagu Westlife. Den pun nyanyi la sebaris dua
lagu Swear It Again (I want to know who ever told you I was letting go). Poyo
gila k.
Bila dah balik rumah, baru terfikir kenapa la
den tak teringat satu lagu pun daripada Bruno Mars atau Ed Sheeran. Paling
kurang patutnya den pilih la lagu yang ceria dan catchy sikit daripada Disney’s
movies macam Hakuna Matata (The Lion King) atau Under The Sea (The Little
Mermaid).
Arghhh….I meant dah lama gila kot den tak
menyanyi lagu Westlife boleh pula bila kena nyanyi, that particular song pula yang
den teringat.
#Ini adalah satu-satunya the low point of the
interview: me singing the Westlife song. If only I turn back the time….Haish…
Selepas sesi menyanyi tuh, kitaorang diminta
menari berdasarkan lagu yang dipilih oleh penemuduga iaitu Happy (Pharell
Williams). Den bantai je menari ikut apa yang sempat, siap berpusing-pusing
lagi hehehehehhehe.
Lepas temuduga tuh, den dah ada instinct yang
den tak akan dapat kerja tuh.
So bila den terima panggilan telefon dan
email yang menyatakan jawatan yang dipohon telah diisi dengan calon yang
terpilih, takde la kecewa ke apa because it was expected.
In sya Allah den berharap akan dapat peluang
berkolaborasi dengan syarikat nih di masa hadapan.
Macam mana pun, den happy den menghadiri
temuduga nih sebab its one kind of an interview. Thank you for the experience.
0 Comments