A terjebak dengan perkara yang memerlukan penglibatan pihak polis. A dibantu oleh B untuk membuat laporan polis, etc. Walaupun kes tersebut akhirnya berjaya diselesaikan dengan kecekapan polis tetapi perkara ini seboleh-bolehnya hendak disorokkan daripada pengetahuan keluarga.

Pada satu hari, encik posmen menghantar surat yang tertera cop dari balai polis yang terlibat dengan kes tersebut yang mana surat ini dialamatkan kepada bapa saudara A.

Dah A berdebar dan panic langsung la dia cerita pada B.

A meminta bantuan kawannya si C yang bekerja sebagai posmen yang duduk di negeri lain untuk membantu membuka sampul surat tersebut tanpa meninggalkan kesan ketara in case mereka perlu menutup semula sampul surat tersebut selepas membaca isi kandungan surat itu.

Makanya beriya la si C menyewa kereta bagai untuk ke rumah A bagi membantu menyelesaikan misteri surat dari balai polis tersebut yang ditakuti berkaitan dengan kes yang telah diselesaikan tidak lama dulu (mungkin makluman penyelesaian kes, etc).

Maka surat dari balai polis tersebut dibuka dengan berhati-hati.

Alih-alih A, B dan C mendapati surat dari balai polis tersebut merupakan surat kelulusan kepada bapa saudara A terhadap permohonan untuk memperbaharui lesen senjata api (senapang) bagi menembak haiwan yang mengganggu kebun macam monyet, tupai, etc.

Langsung sampul surat ditutup semula secara cermat oleh encik posmen seolah-olah sampul surat tersebut tidak pernah dibuka dan diserahkan kepada bapa saudara A.

Cehhhhhh….beriya-iya la siap import posmen dari negeri bersebelahan bagai. Rupa-rupanya surat tuh tiada kaitan langsung dengan kes yang dirisaukan itu.

Sabo je la kan.

Ini adalah cerita benar yang diceritakan oleh B semasa satu sesi santai minum petang yang membuatkan den ketawa besar, mujur sangat den tak tersedak masa sakan dok ketawa berdekah-dekah tuh.

0 Comments