Yup….blog nih dah lama tak berupdate sebab tuan tanah kedaungnya ditimpa penyakit M (malas).

Setakat hari ini, hampir semua resolusi yang dicadangkan nak dilaksanakan macam terbengkalai.

On blogging - kononnya nak blogging secara berterusan dengan kekerapan yang tinggi tetapi end up malas gila nak update blog tak pasti kenapa. Ada je cerita yang nak dicoretkan tetapi tahap kemalasan tuh tak tau la nak dihuraikan macam mana.

Eat clean and healthy - angan-angan mat jenin nak eat clean and healthy tapi tiada la dimulakan satu langkah pun ke arah itu. Ada harapan oats yang dibeli tu macam akan ada kutu sudahnya. Dah la terjebak dengan lunch set yang sedap dan harga mampu milik tuh. Nih bukannya setakat eat breakfast like a king, ianya adalah lebih kepada eat breakfast, lunch, tea time, dinner and super like a super king gittew. Langsung tak berani nak timbang berat badan sebab dah pasti sangat angkanya sangat mengerikan. Ini tak sembang pasal paras kolesterol lagi. Dah la nak mengadap Dr di PPUM bulan april nih. Damn.

Zumba - den berangan nak berzumba paling kurang 2 kali seminggu tapi disebabkan kelas zumba waktu petang hanya ada 1 hari je di Anna Fitness di Seksyen 23 tuh, makanya setakat nih hanya berjaya berzumba 1 kali seminggu (itu pun kalau tiada aktiviti kerja yang melibatkan lawatan tapak sampai ke maghrib tuh).

Baca 2 buku sebulan - setakat ni baru berjayakan habiskan sebuah buku untuk Januari. Tak pasti la samada disebabkan buku Kitab Tanah Melayu tuh sangat heavy atau apa tapi den jadi termalas nak mula baca buku kedua. Face palm! 

Tabungan warna warni - macam tak bergerak pula tabungan warna warni den nih ha. Banyak sangat terjebak dengan aktiviti membeli makanan, maka ini la bahananya. Asal nampak orang jual cookies ke buah ke kek ke semuanya nak dibeli. Membeli belah makanan nih bukan sahaja tidak bagus kepada tahap kolesterol den tapi juga memberi impak negative kepada keadaan purse den tuh ha.

Itu je la yang den nak kongsikan pada hari ini.

Hopefully tomorrow will be better bak seperti movie Esok Masih Ada.

0 Comments