Ada satu ceramah den tertengok di televisyen yang mengatakan perasaan redha dan pasrah tuh adalah tidak sama. Den tak ingat moderator dan Ustaz yang berceramah tuh siapa tapi antara tetamu undangan dia adalah Norman Hakim dan Memey Suhaiza. 

#Dasar kan? Nama ustaz dan moderator (yang juga ustaz) tak ingat tapi artis jemputan ingat plak ye. Haish…..

Redha adalah menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan memperbaiki diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik kata Ustaz yang bagi ceramah tuh.

Pasrah adalah menerima apa yang berlaku dengan berlapang dada tetapi tiada usaha untuk kembali kepada Allah.

Kalau untuk den, perasaan redha tuh dah memang macam agak jauh je.

Rasa pasrah pun rasanya macam tidak tepat juga.

Rasanya bagi den, ianya lebih kenapa “what else i am suppose to do” sebab benda dah berlaku….nak diapakan lagi...telan dan teruskan hidup camtuh la. 

Bukan sombong cuma nak capai tahap redha macam ustaz cakap tuh memang masih belum kesampaian lagi…tak tau nak explain macam mana. Mungkin disebabkan tidak kembali ke pangkal jalan yang sebenar-benarnya @ masih terlalu banyak amalan yang perlu ditambahbaik, etc.

In sya Allah….tahap pasrah tuh memang dirasai bergantung kepada apa, bila, di mana, etc perkara tuh berlaku.

Den rasa untuk diri den, den berada di dalam kategori “what else I am suppose to do” hingga pasrah.

Antara contoh-contoh perkara yang berlaku dalam hidup den yang den rasa penting dan masih diingat sehingga kini:

Losing the people that I love
 
Bila Allahyarham emak meninggal dunia masa den 10 tahun dan bila Allahyarham atok meninggal dunia masa den berumur 37 tahun. 

Sedih memang sedih. Tersayat hati memang tersayat hati. Separuh jiwaku pergi bak kata Anang tapi hidup perlu diteruskan walau sepahit mana pun kan? What else can I do? 

Ustaz selalu ingatkan kita yang di dunia ini apa yang pasti adalah mati. So nak tak nak kita kena terima hakikat yang kita semua akan meninggal dunia satu hari nanti cuma tidak tahu bila, di mana, bagaimana, etc. 

The best I can do adalah mendoakan Allahyarham emak, atok, sanak saudara dan kawan-kawan yang telah meninggal dunia. Sedekah Alfatihah, etc untuk mereka. 

I mean like seriously….what else can I do?

#mengambil iktibar dan pengajaran lepas orang yang disayangi dan terdekat meninggal dunia tuh dah jadi macam default setting cuma sampai mana pengajaran tuh mendekatkan diri den dengan Yang Maha Pencipta tuh yang perlu diperhalusi.

Tunggu giliran di Wad Kecemasan PPUM semasa keguguran

Walaupun perut memang sangat sakit tak tau nak explain macam mana sebab keguguran dengan darah keluar dengan banyaknya, den still kena bersabar tunggu giliran untuk jumpa Dr sebab ada orang lain yang tahap emergency depa lebih tinggi macam kepala ditakek dengan parang, etc.

Nak buat macam mana lagi? Kalo barge in the emergency room pun, dah tentu nurse akan minta keluar balik dan tunggu nombor giliran dipanggil.

So duduk la diam-diam atas kerusi roda sambil menahan sakit dan berlinangan air mata coz what else could you do?

#Den paham yang kesakitan @ kesusahan, etc adalah penyucian daripada dosa terdahulu, etc.

Kena cucuk Clexane throughout the pregnancy

Bila Doktor Pakar PPUM cakap kena cucuk Clexane setiap hari tanpa gagal dari mula mengandung sehingga hari nak melahirkan untuk pastikan darah tidak beku yang mana darah beku boleh menyebabkan oksigen tidak dapat disalurkan kepada baby di dalam rahim, apa lagi yang boleh dibuat selain mendengar arahan Doktor.

Clexane perlu dicucuk ke dalam otot bukan salur darah. Kalu tercucuk pada salur darah, kena cabut picagari tuh dan cucuk semula di bahagian otot. 

Sakit bila cucuk Clexane tuh? Memang sakit. Kadang-kadang memang menitik air mata tapi what else can I do? Kan diri sendiri yang buat keputusan nak mengandung dan ada anak (of course dengan izin Allah).

#Den jelas tentang Allah tak akan bagi sesuatu ujian @ dugaan pada kita sekiranya kita tidak mampu menanggung ujian @ dugaan tersebut.

3 perkara di atas adalah contoh yang den teringat. 

So boleh faham tak intipati yang den cuba nak sampaikan.

Apa jua perkara yang berlaku dalam hidup kita nih, nak tak nak kita kena terima dan teruskan hidup sebab life is like that. 

Yang paling penting adalah adakah setiap perkara yang berlaku tuh menyebabkan kita lebih mendekatkan diri pada Allah atau sebaliknya. 

Kalau kita telah cuba sedaya upaya memperbaiki diri kita in term of menjadi hamba Allah seperti yang kita patut jadi, adakah kita istiqamah dalam membaiki diri kita tuh, etc.

There is always room for improvement.

Selagi hayat dikandung badan, selagi tuh kita ada peluang untuk bertaubat dan berusaha nak masuk dalam kategori redha tidak kisah apa berlaku dalam hidup kita.

So den sedang berusaha setakat yang mampu untuk masukkan diri den dalam kategori redha daripada kategori sekarang iaitu “what else I am suppose to do” hingga pasrah tuh.

I am fully aware it’s really not an easy stuff for me but I will try my best, pray hard and leave it to Allah to give His mercy and rahmat to me.

So lets be a better person in 2018.

0 Comments