Pendidikan Terbaik Untuk Anak-Anak? Part 1
Baru-baru nih den tengok movie 3 Idiots
lakonan Amir Khan. Walaupun movie nih adalah pada tahun 2009 dan menerima
pelbagai komentar positif daripada pengkritik filem, den baru tergerak hati nak
tengok movie nih walaupun movie nih dah bertahun tersimpan di dalam hard disc
den. Walaupun movie nih ada scenes yang mengundang persoalan di dalam minda
terutamanya scene menggunakan vacuum cleaner untuk sedut kepala baby semasa
bersalin but still movie nih buat den sebak-sebak dan menyebabkan den terfikir
pasal pendidikan anak-anak den.
Dari movie nih juga, secara tidak langsung
den terhubungkan dengan persekitaran den yang mana berkaitan dengan orang yang
den kenali, pembacaan serta perkongsian beberapa tokoh dan orang di laman
sosial, etc perkara yang berkaitan dengan pendidikan.
Ibu bapa memang akan mengharapkan anak-anak
akan berjaya di dunia dan di akhirat.
Ada pakar berkaitan pendidikan dan
perkembangan awal kanak-kanak meminta ibu bapa mempertimbangkan dan memperhalusi
persoalan “ibu bapa nak anak yang baik hati atau anak yang pandai?”. Nampak
macam simple question kan tapi adakah jawapannya semudah “saya tak kisah anak
saya pandai ke tak tapi yang penting dia baik hati”.
Untuk den yang biasa-biasa nih (tak tau sangat
pasal ilmu keibubapaan, tak berjinak-jinak dengan program ke arah akhirat, tak
macam-macam la, etc), den mengharapkan anak-anak den menjadi orang yang baik
hati tetapi tidak sampai dibuli oleh orang lain dan boleh survive dalam
kehidupan dia. Kalau untuk survive tuh memerlukan dia menjadi pandai atau mahir
tak kisah la dalam pelajaran ke, kemahiran ke, etc, then sebagai emak, den
mengharapkan dia boleh belajar apa yang perlu untuk dia survive.
Macam complicated kan?
Setakat orang yang den terjumpa atau terkenal
akan ada lebih kurang dua pendapat yang lebih kurang macam nih:
Pendapat 1 : Kita kena
pastikan anak-anak kita mendapat pendidikan mengikut silibus yang ditetapkan
oleh Kerajaan bagi memastikan dia mendapat peluang untuk bekerja dan survive di
Malaysia. Nak masuk university di Malaysia setakat nih nak tak nak kena ada
SPM. So anak dimasukkan ke sekolah menengah dan melalui tingkatan 1 hingga 5
macam biasa. Jika nak belajar juga tahfiz, masuk sekolah agama yang ada silibus
akademik macam biasa + extra silibus untuk hafazan atau masuk belajar hafazan
di mana-mana madrasah selepas selesai SPM.
Pendapat 2 : Dunia nih
dah sampai ke penghujung. Dunia dah nak kiamat. Kita kena at least pastikan
anak-anak kita belajar agama lebih (contohnya tahfiz). Takde dengar kan orang
tahfiz yang takde kerja, yang merempat, etc. Selalunya orang yang hafaz
al-Quran nih in sya Allah SPM dalam tangan. So anak dimasukkan ke sekolah
tahfiz daripada umur 13 tahun atau lebih muda. Tak perlu ambil exam tingkatan
3. Lepas hafaz Al-Quran dalam beberapa tahun, ambil SPM sebagai calon
persendirian.
#mungkin ada pelbagai pendapat lain tapi den
terjumpa ibu bapa yang termasuk di dalam dua golongan ini.
Tuh belum mengambilkira silibus pendidikan
Malaysia yang membebankan kanak-kanak dan mengharapkan mereka dapat berfikiran
matang sebelum usia. This is another discussion at another time.
There was this one true story shared by one
NGO yang menceritakan tentang seorang anak yang dididik untuk menjadi hafizah
daripada kecil. Dia sangat cemerlang dan berjaya menjadi hafizah seperti yang
diharapkan oleh ibu bapa. Once dia dah selesai menghafaz, parents menghantar
anak gadis ini joint kursus kemahiran untuk menyediakan skill bagi kelangsungan
hidup anak manis ini. Disebabkan beliau tidak pernah terdedah dengan social
life atau kehidupan pada masa sekarang sebab beliau duduk di madrasah dan
mengaji di sana, beliau mengalami kejutan budaya yang sangat teruk apabila
masuk kolej kemahiran tersebut. She end up sleeping around, etc. Sekarang
sedang di dalam usaha untuk memperbaiki life beliau.
My point is bagaimana nak mendidik anak-anak
den menjadi orang yang berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat dengan
mengambilkira pelbagai factor yang berlaku di sekeliling den sekarang (isu
sosial, kewangan, etc).
Macam mana den nak jadi ibu yang mendorong
atau menyokong apa sahaja yang anak-anak den nak buat (of course la
perkara-perkara positif kan) di samping tidak memaksa anak-anak den sehingga
mereka rasa terseksa tapi dalam masa yang sama den harap depa dapat survive
untuk hidup.
Seriously kadang-kadang dok tertanya-tanya
adakah den dan buong nih sebenarnya layak ke tidak jadi ibu bapa sebab ada
beberapa situasi dan ketika kitaorang terasa blur dan macam tertanya-tanya
adakah kitaorang membuat keputusan yang terbaik untuk F dan A tanpa
jeopardizing their childhood di samping tidak memanjakan mereka secara berlebihan
supaya mereka tidak menjadi tuan.
Menjadi ibu bapa yang tergolong di dalam
kategori berpendapatan sederhana (golongan yang selalu terpinggir daripada
perhatian Kerajaan di mana tiada banyak bantuan disediakan seumpama yang
disediakan kepada orang susah dan diharapkan oleh Kerajaan untuk membayar cukai
pendapatan seumpama orang berpendapatan tinggi) menyebabkan pelbagai factor
perlu dipertimbangkan untuk memilih pendidikan untuk anak-anak.
Bila bersembang dengan kawan-kawan yang telah
melalui pengalaman mendidik anak-anak (daripada sekolah tadika hingga ke
university), ada banyak pilihan, etc berkaitan dengan pendidikan anak-anak.
Antaranya:
Pilihan 1: Ikut
silibus Kerajaan no matter how terpleot it is sebab itu yang paling mudah dan
murah serta lebih mudah untuk masuk mana-mana institusi pengajian tinggi
(terutamanya IPTA) di dalam Malaysia. Seterusnya mendapatkan peluang pekerjaan
di Malaysia terutamanya di dalam sector perkhidmatan awam.
Pilihan 2: Pilih Islamic
private school atau private school yang memberi pilihan kepada ibu bapa untuk
mendapatkan alternative education untuk anak-anak berdasarkan justifikasi yang
tersendiri. Of course nak kena sediakan wang yang bukan sedikit kalau kita
pilih jalan ini. Memang la parents kena berkorban untuk pendidikan anak-anak
tapi kalau tiada apa yang boleh dicagarkan untuk dikorbankan, memang la pilihan
ini ala-ala seumpama macam nak menggapai bintang di langit gittew.
Lets not talk about international school la
kan sebab yuran satu semester dia pun ada yang boleh menyamai pendapatan den
setahun huhuhuhuhu.
Mula-mula den dan buong nak proceed dengan
pilihan 1 je sebab paling senang dan paling murah. That’s why kitaorang tak
kisah pun hantar F ke Tadika Kemas sebab tadika tuh dekat dengan rumah dan paling
murah. Thank God F suka sangat kat Cikgu Farhana yang lemah lembut dan sangat
bersabar di dalam mendidik dia.
Tapi bila tengok F punya perkembangan,
macam-macam perasaan pun ada. Kesian sebab dia asyik cakap ‘mama….abang nih tak
pandai sebab tuh abang kena turun kelas’, etc yang memecahkan hati den.
Macam mana kan dalam situasi den yang
sederhana pendapatan isi rumah nih nak memastikan anak-anak den tidak
ketinggalan tetapi den tidak memaksa diaorang membuat perkara yang diaorang
memang kurang berkemahiran atau tidak minat nak melaksanakannya.
So how?
There will be part 2 about my feeling about
the children education later.
Till then, what is the best for our children because
we borrow the earth from them.
0 Comments