Makan Tengahari Murah dan Sedap di Shah Alam
Den rasa antara perkara remeh yang
kadang-kadang membelenggu hidup den adalah isu makan terutamanya ‘nak makan apa
hari ini’.
Den bukan la foodie pun tapi sejak nak cecah
40 tahun nih, selalu je tak beberapa selera nak makan banyak makanan. Fast food
dah tak lalu sangat.
Makanya bila terjumpa dengan lauk macam
mak-mak masak dengan harga yang berpatutan dan dihantar pula ke pejabat, den
memang amat gembira.
Set lauk + sayur + nasi + sambal belacan RM 7
sahaja.
Berbaloi la kan?
#Jangan la pergi bandingkan harga nih dengan
harga bagi set yang sama di Kodiang ke mana yang memang murah. Kena la
bandingkan apple to apple. Kalau banding apple to dragon fruit, tidak seimbang
la perbandingan tuh.
Home made cooking yang memang ada rasa. In
sya Allah sedap.
Den kongsikan menu yang den dah pernah makan yang
memang kena dengan tekak den.
Asam pedas ikan tenggiri + kacang buncis
goreng + telur masin + sambal belacan + nasi.
Ikan selar berlada + sayur pucuk suun kentang
+ + sambal belacan + nasi.
Sambal ikan bilis petai + masak lemak kobis
putih + ikan goreng pelaling + + sambal belacan + nasi.
Kari ayam + sayur kacang panjang tempe + ikan
masin bulu ayam + + sambal belacan + nasi.
#Semua gambar yang dikongsi nih diambil di FB
tuan punya badan dengan izin beliau.
Yang paling termeletop sekali di dalam menu
dia adalah sambal belacan. Pedas tapi sedap. Meleleh air mata dan hingus tapi
tetap juga nak makan sebab sedap lagi-lagi bila dimakan dengan ikan masin bulu
ayam tuh.
Setiap portion diletak asing-asing di dalam plastik
yang berbeza. Dah beberapa kali den ambil lauk nih waktu tengahari tapi den
simpan untuk makan malam, Alhamdulillah lauk masih elok dimakan.
Menu adalah berubah-ubah setiap hari bergantung
kepada tukang masak yang masih muda belia. Setiap menu untuk keesokan hari akan
diupdate di dalam facebook Wawa Wanda.
Coverage area adalah di dalam bandar Shah
Alam aje ye.
So kepada sesiapa yang nak cuba rasa atau nak
tengok menu atau apa-apa pertanyaan berkaitan set makan tengahari nih, boleh
tengok FB Wawa Wanda atau berhubung dengan beliau di 013-2863771.
#Entah bila la nak mula eat
clean and healthy nih. Dah la nak appointment di PPUM pasal kolesterol bulan
April nih. Haish.
0 Comments