Lepaq Place, Apartment Suri Puteri, Shah Alam
Dah lama sebenarnya den nak kongsikan tentang
sebuah café yang baru mula beroperasi pada Ogos 2017 yang terletak di dalam
compound Apartment Suri Puteri, Seksyen 20, Shah Alam nih tapi tak
tersempat-sempat.
Sesiapa yang pernah makan Nasi Lemak Pak Ayob
di Seksyen 20 tuh, café Lepaq Place nih terletak di dalam apartment berhadapan
dengan kedai Nasi Lemak Pak Ayob tuh ye.
Kat Lepaq Place nih ada pelbagai menu. Ada
lauk-pauk, makanan orang putih, goreng-goreng, kek, brownies dan pelbagai jenis
minuman ala hipster untuk den hehhehehehe. Ada menu yang memang sentiasa ada dan
ada juga menu yang berubah setiap hari.
Untuk den yang tekak orang kampung nih, den memang
suka lauk pauk la. Masak lemak cili api nya memang terpaling meletops.
#Gambar yang gegak gempita tuh of course la
diambil dari FB Lepaq Place dengan izin.
So untuk tengok dengan lebih terperinci apa
menu yang disajikan pada setiap hari, bolehlah tengok FB Lepaq Place atau boleh
juga whatsapp tauke café iaitu Puan Noris yang kecil molek orangnya 012-6451330.
Den paling suka suasana café nih yang ringkas
dan cozy. Memang sesuai sangat untuk lepak buat kerja, berehat-rehat sambil
bergosipan, etc. Nak buat small gathering atau celebration pun boleh. Ada pula
disediakan beberapa novel kat sini, memang kena la dengan jiwa si ulat buku
yang nak membaca sambil meneguk mocha ke espresso ke.
Café ini juga menyediakan wifi percuma.
Operasi Lepaq Place adalah pada setiap hari
kecuali Rabu bermula dari 10 pagi hingga ke 10 malam.
Disebabkan Lepaq Place terletak di dalam
compound apartment, makanya untuk masuk ke sini, kena la daftar dulu kat pak
guard kat pintu depan tuh ye. Dari pintu depan ke café nih tak sampai 2 minit
pun berjalan.
So kalau tersinggah ke Shah Alam, jangan lupa
pertimbangkan untuk makan di Lepaq Place nih ye.
0 Comments