Kitab Tamadun Melayu oleh Kumpulan Penulis The Patriots (Part 3)
In sya Allah, ini adalah bahagian terakhir
ringkasan buku ini.
Sementara cikgu zumba sampai, den gigih membaca buku nih |
21. Bab 29, Menghancurkan Mitos Melaka
Tumbang Kerana Senjata Api menceritakan tentang tumbangnya Empayar Kesultanan
Melayu Melaka pada 15 Ogos 1511 akibat serangan Portugis.
Secara ringkasnya, Empayar Kesultanan Melayu
Melaka musnah di tangan Portugis walaupun barisan pertahanan Melaka telah
berjuang berhabis-habisan daripada segi diplomasi, pertahanan, taktik dan
strategi pertempuran termasuk menggunakan pelbagai senjata api berat meriam
yang lebih besar daripada Portugis adalah kerana pelbagai faktor iaitu Melaka
mempunyai musuh di setiap penjuru termasuk orang di dalam Melaka sendiri +
tentera upahan Jawa yang belot dan sengaja berperang tidak bersungguh-sungguh
setelah ketua mereka disogok Portugis walaupun mereka telah dibayar gaji 3
bulan advance + armada laut Melaka yang sangat kuat berada di luar perairan
Melaka (sekitar Riau – Lingga) semasa Melaka diserang (by the time Laksama
berpatah balik ke Melaka selepas mendengar Portugis menyerang, Melaka telah
jatuh ke tangan Portugis + sikap terlalu
memberi kepercayaan kepada anak dagang atau bangsa asing. Bab 29, mukasurat
214-221.
#ayat yang den boldkan tuh den rasakan
terpakai terutamanya dalam keadaan sekarang di mana pelbagai isu yang melibatkan
keamanan dan kedaulatan Malaysia yang berlaku (lambakan pekerja asing,
pelaburan berskala tinggi dari China, kehilangan tanah Felda di kawasan
stragetik secara senyap, rasuah yang berleluasa, etc).
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada 15 Ogos
1511 ini menyebabkan den teringat kata-kata Baron
Zemo dalam movie Captain America: Civil War. “An empire toppled by its enemies can rise again, but one which crumbles
from within? That's dead... forever”.
22.
Kesultanan
Perak sehingga ke hari ini adalah warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka dan
Pedang Cura Simanjakini adalah salah satu alat kebesaran Negeri Perak. Bab 31
dan 32, mukasurat 231-235.
23.
Kesultanan Johor bermula dengan susur galur keturunan Kesultanan Melayu Melaka.
Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang),
waris terakhir daripada keturunan Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor
diteruskan dengan Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Johordan dikenali
sebagai Sultan Abdul Jalil IV. Selepas Sultan Abdul Jalil IV dibunuh oleh
pengikut Raja Kechil yang merampas takhta, anak Sultan Abdul Jalil IV, Tengku Sulaiman
meminta bantuan ketenteraan daripada 5 orang anak raja Bugis bersaudara untuk menumpaskan
Raja Kechil. Tengku Sulaiman seterusnya ditabalkan menjadi Sultan Johor dan
keturunan 5 orang anak raja Bugis diberikan jawatan-jawatan penting dalam
pentadbiran Johor. Keturunan Kesultanan Johor hari ini adalah daripada kturunan
Dinasti Temenggung yang bermula dengan Temenggung Daeng Ibrahim. Bab 33,
mukasurat 237-244.
Den cakap dengan buong sayang tiada produksi
di Malaysia yang hendak membuat movie berkaitan Tanah Melayu, at least kalau buat
tentang Kesultanan Melayu Melaka pun dah best dah sangat.
Cukup la kot setakat ini ringkasan yang den
petik dari buku nih.
Den menyarankan kepada semua untuk membaca
buku ini sepertimana penutup buku ini yang mengatakan “sejarah adalah milik
bangsa, bukan milik negara”. Kita perlu membaca buku ini untuk mengenang
ketamadunan bangsa Melayu serta mengambil iktibar dari kisah sejarah untuk
kelangsungan bangsa Melayu di masa akan datang.
Sepanjang hidup den, ini adalah buku Bahasa
Melayu yang paling berat, penuh dengan maklumat bersejarah, yang menyentuh
hati, etc.
Review buku ini juga adalah review yang
terpanjang den pernah buat.
0 Comments