Den cuba ringkaskan intipati buku Kitab Tamadun Melayu nih setakat kefahaman den ye.
Jenuh ye baca buku yang penuh sejarah dengan saiz tulisan yang comel
1. Semenanjung Tanah Melayu dan Semenanjung Malaysia adalah tidak sama. Semenanjung Tanah Melayu (11 negeri dalam Malaysia dari Perlis ke Johor). Semenanjung Tanah Melayu (dari Segenting Kra hingga ke Singapura dan Kepulauan Riau – Lingga). Bab 6, mukasurat 28.

2. Empayar Kerajaan Melayu Purba termasuklah Funan, Srivijaya, Majapahit, Champa, Dharmasraya, Sailendra, etc.

3. Antara angkatan tentera darat terdahulu terdiri daripada tentera berjalan kaki, tentera berkuda, tentera bergajah dan tentera badak sumbu terutamanya bagi Kerajaan Champa.

#first time dalam hidup den baru den tau pernah wujud tentera badak sumbu.

4. Dalam Hikayat Kelantan, moyang kepada Long Yunus (pengasas dinasti diraja Kesultanan Kelantan pada hari ini) berasal dari Champa, bab 10, mukasurat 71 menyatakan:

Duta China diarak dua ekor gajah diiringi para pengawal yang memegang payungan yang diperbuat dari bulu merak. Surat watikah di dalam dulang emas. Lebih seratus lelaki dan wanita memainkan alat muzik yang diperbuat dari cangkerang. Ibu kotanya digambarkan mempunyai tiga gerbang yang terletak lebih dari seratus langkah setiap satu, dilukis dengan gambar Bodhisattva dan digantung dengan bunga dan loceng. Gerbang ini dikawal oleh empat orang lelaki berpakaian seperti raksasa penjaga gerbang. Berpuluh-puluh wanita memegang panji-panji daripada bunga-bunga emas. Mereka di dalam kota memegang kain putih dan jaring putih untuk mengumpul bunga”. Bab 12, mukasurat 98-102.

Banyak lagi perincian tentang keindahan, kesenian dan kebudayaan orang Melayu pada zaman dahulu yang dinyatakan di dalam buku Kitab Tamadun Melayu ini.

5. Langkasuka atau Kedah Tua adalah satu empayar yang gagah, kira-kira 600 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Bab 14, mukasurat 112.

6. Sebelum orang Melayu beragama Islam, orang Melayu terdahulu menganut agama Buddha dan Hindu (hence the kings names macam Samara Vijayatungga, Raja Phra Ong Mahawangsa, Dapunta Hyang Sri JayanasaChe Bong Nga, etc).

7. Besi terbaik pada zaman dahulu kala terdapat di Kedah Tua yang dikenali sebagai besi Qalai dan dipercayai salah satu pedang Nabi Muhammad s.a.w dibuat di Kedah. Bab 14, mukasurat 115.

8. Pengasas Kerajaan Kedah Tua adalah Merong Mahawangsa.

9. Raja Bersiong (Raja Inderawangsa) adalah bersusur galur daripada Merong Mahawangsa.

10. Kesultanan Kedah yang ada pada hari ini adalah bersusur galur daripada pemerintahan Kedah Tua menjadikannya antara kesultanan tertua di dunia. Bab 14, mukasurat 117. 

11. Dapunta Hyang Sri Jayanasa yang dikira sebagai pengasas empayar Srivijaya boleh dikatakan sebagai raja yang prihatin kepada alam sekitar. Bab 17, mukasurat 134.

12. Candi Borobodur, Candi Pawon dan Candi Mendut dibina oleh orang Melayu dari Dinasti Silendra pada zaman Kerajaan Melayu Purba Srivijaya. Sejarawan berpendapat Dinasti Silendra berasal daripada Kerajaan Melayu Purba Funan. Bab 18, mukasurat 142.

13. Candi Borobodur asalnya dibangunkan di sekitar tasik dan ianya seolah-olah bunga teratai yang terapung di tengah-tengah tasik. Bab 18, mukasurat 144.

14. Kisah Raja Tri Buana, Sang Nila Utama, Demang Lebar Daun, Wan Empuk dan Wan Malini adalah kisah benar. Bab 21, mukasurat 164.

15. Sang Nila Utama (pewaris Kerajaan Srivijaya) membina Kerajaan di Temasik yang dinamakan Singapura bersempena dengan nama Singa. Bab 21, mukasurat 165.

16. Diceritakan tentang Hang Nadim dan Badang di dalam Bab 21, Sisa-Sisa Kegemilangan Tamadun Melayu di Bumi Singapura.

17. Raja Iskandar Shah yang mewarisi pemerintahan di Singapura Purba dipercayai merupakan raja pertama dalam sejarah Melayu yang memeluk Islam. Raja Iskandar Shah adalah Parameswara yang membuka Kesultanan Melayu Melaka. Bab 21, mukasurat 171.

18. Bab 27, Kod Busana Melayu Era Kesultanan Melayu Melaka menerangkan tentang jenis-jenis pakaian orang Melayu yang sangat berseni. Contohnya Baju Melayu@baju sikap@baju layang hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan orang yang dianugerahkan pangkat Datuk, Tun dan sebagainya.

#begitu sekali berseninya Baju Melayu orang Melayu. Boleh pula ada pereka fesyen mengubahsuai Baju Melaju ikut sesuka hati jadi entah apa-apa macam gambar kat bawah diambil dari google. Engkau dah kenapa kan? Nak hipster sangat la kononnya ye.
Korang dah kenapa kan pakai baju melayu macam nih

#lets not talk about penganugerahan darjah kebesaran yang terjadi di Malaysia beberapa tahun nih. Ada yang kita tak pasti apa sumbangan pada negara tiba-tiba dapat tittle Dato’. Lepas tuh perangai tak semenggah. Adoi la.

19. Diterangkan juga di dalam bab ini tentang pemakaian tanjak @ destar @ ikat kepala ditentukan mengikut darjat dan pangka masing-masing daripada jenis kain dan cara ikatan serta lipatan. Jenis seluar gaya Gunting Aceh yang dipakai oleh panglima dan pahlawan. Orang lain termasuk Sultan memakai seluar gaya Gunting Cina. Pemakaian sampin cara Berdagang Dalam (seperti gaya Orang Johor sekarang) dan sampin Berdagang Luar. Cara ikatan sampin juga mengikut pangkat dan darjat samada ikatan pancung, ikatan kembung atau ikatan lingkup. Bab 27, mukasurat 203-204.

20. Bab 28, Wasiat Sultan-Sultan Melaka Menjelang Kemangkatan bagi den adalah sangat menyentuh hati sebab semua sultan berpesan kepada waris (anak-anak baginda) di hadapan semua pembesar yang ada pada ketika itu untuk mentaati Allah, memimpin kerajaan dengan mendahulukan Allah dan rakyat, berbanyak bersabar,  menerima nasihat-nasihat daripada para pembesar yang ada serta menimbang baik buruk semua maklumat yang disampaikan kepada baginda. Para pembesar terutamanya Bendahara dipinta oleh Sultan untuk memberi tunjur ajar serta menegur pengganti baginda kerana banyak perkara yang perlu warisnya belajar. 

Serious rasa macam sebak dada bila baca pesanan-pesanan Sultan yang sangat tersusun ayatnya. Antaranya:

Dan tiada akan sentosa Kerajaannya; kerana Raja-Raja itu umpama api, segala menteri itu umpamanya kayu, kerana api itu tiada akan menyala, jikalau tiada kayu”. Wasiat Sultan Alaudian Riayat Shah (1477-1488). Bab 28, mukasurat 207.

Dan pada Bendahara dan Orang Kaya-Kaya sekalian pertaruh kita, daripada memeliharadan mengajar, menegur dia, kerana ia budak penuh dengan khilaf dan bebalnya, lagi ia piatu, telah yakinlah kita akan pelihara Bendahara dan Orang Kaya-kaya sekalian akan dia”. Wasiat Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Bab 28, mukasurat 207.

Like I mention before maybe because I am getting old, I tend to mellow a lot. Baca buku sejarah camnih pun boleh tergenang-genang air mata.

0 Comments