Situasi : Den sedang berehat-rehat bermain game Candy Crush (yang den telah hampir berputus asa sebab stuck kat level 1528 berminggu-minggu). F sedang berehat-rehat sebelah den sambil bermain game shark.

F : Mama….kalau mama mati, abang duduk dengan papa dan A ke?

Den : Haah. Nanti abang tolong papa jaga A ye.

F : Kalau papa mati?

Den : Abang dan A duduk la dengan mama.

F : Kalau A mati?

Den : Mama dan papa duduk la dengan abang.

F : Kalau abang mati?

Den : Mama dan papa duduk la dengan A.

F : Kalau abang dan A mati?

Den : Mama dan papa duduk la berdua.

F : Mama dan papa dah takde anak lain ke nanti?

Den : Haah. Mama dan papa pun dah tua. Dah takde anak baru nanti.

F : Kalau mama dan papa mati?

Den : Abang tinggal berdua je dengan A. Abang kena jaga A elok-elok k sebab A ada abang je. Jangan gaduh dengan A selalu. Abang kena sayang dia banyak-banyak k sebab dia kecil lagi. Abang kena pastikan A makan, minum, mandi, tidur, etc k. Kalau dia cari mama dan papa, abang kena pujuk dia tau. Malam-malam nak tidur abang kena tepuk dia k. Abang kena sayang dia k. Abang pun kena jaga diri tau. Kena belajar rajin-rajin. Kena jadi budak yang baik. Abang kena duduk sama-sama dengan A k.

#masa nih dah rasa macam tersebak-sebak sebab si F pun baru 7 tahun. Dia pun perlukan kasih sayang mama dan papa tapi kalau den dan buong takde, nak tak nak dia kena man up dan jaga A.

F : Abang tak nak la mama, papa dan A mati. Nanti abang sedih.

Den : Semua yang hidup memang akan mati abang. Bla….bla…bla…bla….cerita la apa yang patut sedikit pasal mati mengikut kefahaman den. 

F : Okay tapi kalau boleh semua jangan mati la k.

Hmmmm…..den cuba juga cerita pasal kematian dengan F sebab den harap dia tak terkejut sangat kalau den atau buong atau kedua-duanya tiba-tiba meninggal dunia dalam masa terdekat. Memang den sentiasa berdoa semoga den dan buong dipanjangkan umur sampai F dah cukup mature untuk handle life dia dan pesohkan A sekali tapi kita kan tak tau bila kita akan meninggal dunia. So den cuba cerita dengan dia pasal kematian setakat yang mampu walaupun sehingga perbualan ini berlaku, dia masih belum dapat faham maksud kematian tuh.

Nak kena banyak lagi membaca atau mendengar talk atau ceramah pasal nak bersembang tentang kematian dengan kiddos supaya diaorang faham dan tidak terlalu bersedih nanti.

Kematian sememangnya bukannya a pleasant topic to talk tapi ianya adalah hakikat yang nak tak nak perlu dibincangkan juga. In sya Allah it will be a recurring topic that will be discuss from time to time with kiddos.

#Parents memang berhati tisu bila bincang pasal anak-anak ni lagi-lagi kalau budak-budak masih kecil.

0 Comments