Jualan Gudang MPH Bookstores, 24 Januari - 4 Februari 2018, 9 Pagi - 6 Petang, No. 13 Jalan Talang, Petaling Jaya, Selangor
Ha….tajuk yang panjang berjela di atas tuh
dah merangkumi semua maklumat yang diperlukan bagi ulat-ulat buku untuk mencari
novel@buku cerita, alat tulis dan permainan yang memang diskaunnya sangat
menarik iaitu dari 50%, 70% dan 90%.
Bagi peminat novel fiction macam den nih,
memang la sangat teruja bila banyak novel dijual dengan harga RM 5 sebuah.
Di Facebook MPH Clicks tengah diberikan arah
jalan berpandukan waze untuk ke sini di https://waze.com/ul/hw2838cbye
Disebabkan ianya jualan gudang di kawasan
gudang lama, maka suasananya memang agak panas dan sempit sikit, jadinya kalau
bawa budak-budak tuh memang akan berlengas-lengas dan kurang selesa sedikit.
Kecil je kawasan gudang yang digunakan untuk
jualan novel@buku cerita, alat tulis dan permainan sebab ianya hanya melibatkan
barangan bagi jualan penghabisan stok. So novel@buku cerita, alat tulis dan
permainan yang terlibat memang la tidak sebanyak mana tapi masih berbaloi untuk
dibeli terutamanya bagi ulat buku macam den nih ha.
80% novel@buku cerita yang ada di sini adalah
untuk bacaan dewasa dan remaja, buku kanak-kanak ada lebih kurang 10% dan 10%
lagi adalah di dalam kategori kraf, self help, sejarah, ekonomi, hiasan, etc.
Amy Tan...antara author yang den suka baca bukunya tapi buku Saving Fish From Drowning nih den dah ada |
Inferno RM 5? Berbaloi sangat. Dulu den beli buku nih RM 32 |
Cerita fantasy camni den tak berani beli sebab den masih terkenang hazab gila den nak habiskan membaca buku The Hobbit beberapa tahun lepas |
Den sampai sini dalam pukul 5 petang. So
sempat meronda sekupang dua je di sini dalam 1 jam.
Dalam tak cukup masa nak tengok semua buku
dengan bersungguh-sungguh dengan jayanya, sempat juga la den rembat 20 buah
buku di mana 16 buah buku den dan 4 buah buku untuk kiddos. Berbaloi sangat den
bayar RM 106.70 untuk 20 buah buku nih (sebuah buku jatuh harga RM 5.33).
Berbaloi sangat kan?
Buku yang dilonggok-longgok di kawasan diskaun
90% tuh den memang sempat tengok sepintas lalu je dengan masa yang terhad sebab
semua bukunya disusun secara menegak, so tak nampak tajuk setiap buku tuh.
Ikutkan hati den nih, nak je belek satu-satu buku untuk cari buku yang den
berkenan tapi disebabkan masa mengizinkan, den redho je la.
Susunan buku camnih yang memerlukan masa dan kesabaran untuk kita belek satu demi satu |
Terjumpa buku nih . Ingatkan memang nak beli dah sebab dasar mata duitan. Sekali tulisan cina. |
Ingat memang nak ambil buku nih tapi mengenangkan den baca buku Dunia Tanpa Tembok pun merangkak-rangkak, terpaksalah den lupakan hasrat untuk beli buku ni |
Sebenarnya den nak beli buku The Casual
Vacancy oleh JK Rowling (pengarang buku-buku Harry Potter) tapi dah sold out
huhuhuhuhuhu.
Buku kanak-kanak pun banyak yang best tapi
tak sempat nak belek semua.
Alat tulis yang ada macam warna, pensel, beg,
kotak pensel, fail, etc banyak juga yang menarik tapi memang tak sempat nak
tengok langsung. Lagipun den memang tak target nak beli alat tulis pun.
Surau dan toilet disediakan di jualan gudang ini |
Ada sedikit buku melayu |
Eh Buku Terlajak Laris pun ada? |
Bayaran boleh dibuat secara tunai atau kad
kredit.
Make sure datang awal supaya dapat belek
lebih banyak buku.
Serious berbaloi-baloi membeli belah buku di
sini.
Ada lebih kurang 1 minggu lagi untuk membeli
buku di sini sebab tarikh akhir jualan adalah 4 Februari 2018.
Kotak-kotak disediakan untuk kita letakkan buku yang telah dipilih. Kalau beli buku banyak macam den, depa bagi terus kotak nih untuk isi buku yang telah dibeli. |
My catch of the day yang tak sempat dipunggah lagi. Will update later buku apa yang dibeli k |
0 Comments