January 2018 In A Nutshell
Urusan duniawi memang tak akan habis kan
sebab ada je la perkara yang nak kena diuruskan dan diselesaikan. Poyo je ayat
hehehehehe.
Bulan Januari ni memang sibuk dengan
macam-macam hal.
Awal bulan memang la sibuk dengan urusan
sekolah F termasuklah sakan membalut semua buku teks termasuk buku kerja.
Disebabkan darjah 2 nih cikgu sekolah kebangsaan tak wujudkan group whatsapp
makanya kira nasib aje la kalau ada bilangan buku yang diterima tidak
mencukupi, homeworks berjaya disalin separuh jalan, etc sebab tak tau nak tanya
kat mana. Kiranya F dah nak pergi sekolah pun dah kira cukup baiklah. Apa lagi
nak dikatakan ye tak?
Menjadi urusetia yang melibatkan penglibatan
orang luar memang adalah sangat pening ye. Sekejap diaorang nak suruh masukkan
clausa pasal refund in case of earthquake la bagai. Lepas tuh masa mula-mula kita
bincang tentative program diaorang cakap tak nak pergi tengok kelip-kelip
semasa site visit sebab dah malam sangat. Alih-alih tak sampai seminggu nak
program, diaorang cakap nak pergi pula tengok kelip-kelip. Tak ke buat team den
sakit jiwa. Macam-macam hal lagi la kisah persediaan nak menganjurkan program
pada 5 - 8 Februari 2018 nih.
Mengemaskini perkara-perkara berkaitan
kewangan peribadi pun agak mengerikan dan memeningkan. Bila pergi berurusan di
cawangan bank, pegawainya cakap perlu buat A. Bila call center telefon
berkaitan A tuh, dicakapnya tak betul, kena buat B pula. Lepas den submit B
pada cawangan, mereka tak nak terima sebab mereka kata perlu buat A. Tak pasti
kenapa tiada penyelarasan antara ibu pejabat dan cawangannya. Bank besar kot
kat Malaysia, SOP masih tidak teraturkah?
Alhamdulillah, den sempat melaksanakan KPI
untuk membaca sebuah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Bahasa Inggeris pada
Januari 2018 nih iaitu Kitab Tamadun Melayu (The Patriots) dan The Colour of
Inequality (Muhammad Abdul Khalid). Kedua buah buku ini adalah sangat heavy
untuk den yang biasa genre fiction ni kerana intipati buku mengisahkan sejarah,
fakta dan bangsa Melayu yang meruntun hati. In sya Allah akan diusahakan untuk
membuat ulasan sepintas lalu tentang buku The Colour of Inequality pada bulan
Februari ni.
Begitu la cerita serba sedikit kisah den di
bulan Januari ini.
0 Comments