Insurans Perjalanan Luar Negara
Dah banyak
blogs yang cerita pasal kepentingan mempunyai insurans perjalanan setiap kali
kita keluar Negara.
Bagi mereka
yang memang tergolong di dalam kategori hard core travellers, travel insurance
is a must atau perkara wajib yang mesti disediakan setiap kali mereka nak
melancong.
Setakat den
pergi berjimbaan beberapa kali ke luar Negara, tak pernah terfikir nak
mengambil insurans perjalanan sebab pelbagai alasan. Antaranya adalah sebab den
tidak berilmu, den rasa tak kan la den jatuh sakit sebab pergi oversea sekejap
je pun, etc….betapa ignorance nya den kan?
Rasanya
tahun 2016 ada beberapa kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang jatuh sakit,
terbersalin awal, etc di luar Negara yang memerlukan bantuan sumbangan orang
ramai untuk membolehkan mereka membayar kos perubatan yang amat tinggi sebelum
mereka dapat balik ke Malaysia.
Ada juga kes
yang memang telah ambil insurans perjalanan tetapi coverage insurans tersebut
tidak dapat menampung kos perubatan di luar Negara yang terlalu tinggi. Ada
juga rakyat Malaysia yang tidak layak mengambil insurans perjalanan atas factor
umur. So bila terjatuh sakit di luar Negara, memang akan bermasalah daripada
segi pembayaran kos perubatan.
Sejak
terbaca semua berita sebegini baru la den macam tersedar diri yang kita tak tau
apa akan terjadi pada kita semasa kita di luar Negara (even lagi 5 minit pun
kita tak tau apa nasib kita sebenarnya). Kita boleh jadi terjatuh sakit,
terlibat dengan kemalangan jalan raya, terlibat dengan kemalangan berkaitan
aktiviti yang kita buat, terhilang passport, bag, etc.
Makanya
setelah terinsaf sedikit tuh, den buat julung-julung kalinya telah membeli
insurans perjalanan untuk sesi berjimbaan ke Bali pada September 2017. And
thank God I bought the travel insurance tuh sebab that trip especially masa di
Nusa Penida adalah sangat mengerikan. Bila terkenang ada insurance tuh, hati
ada sedikit tenang.
Seterusnya
untuk trip berjimbaan ke Jakarta pada November 2017, den turut mengambil
insurance perjalanan untuk ketenangan minda gittew.
Bagi
kedua-dua trips nih, den ambil insurance perjalanan AXA Smart Traveller Insurance
sekali perjalanan sahaja sebab den rasa macam okay je coverage dia dan mampu
milik camtuh. Den bayar RM 52.50 untuk trip 8 hari ke Bali dan RM 37 untuk trip
ke Jakarta. Den beli kat website dia dan buat payment through online banking.
Tak sampai setengah jam, den terima polisi insurans melalui email.
#kalau siapa
yang memang selalu berjimbaan ke luar Negara, bolehlah mempertimbangkan
insurans yang bayar yuran tahunan.
Ada banyak
je travel insurance di pasaran. Dah tentu la conventional travel insurance ada
lebih banyak daripada takaful travel insurance. Terpulang atas kita nak pilih pakej
yang mana bergantung kepada coverage yang kita hendak, jenis aktiviti yang kita
nak buat dan
our willingness to pay gittew.
#Den rasa
kalau pergi Negara yang memang belah-belah omputih tuh kan elok la ambil yang
coverage tinggi sebab kos rawatannya pun telah diketahui mahal gegak gempita.
Ada pelbagai
manfaat yang travel insurance tawarkan bergantung kepada pakej yang kita pilih.
Ada travel insurance yang cover kos perubatan, kemalangan, kehilangan bag,
kehilangan passport, kelewatan perjalanan, penghantaran pulang jenazah, etc.
Berdasarkan
laman sesawang imoney, ada disenaraikan beberapa jenis travel insurance untuk
kita pilih dan bandingkan pakejnya. Boleh lihat di PELBAGAI JENIS INSURANS PERJALANAN
Den tak
pasti bagaimana travel insurance ini berfungsi apabila kita mengalami
kecelakaan di luar Negara. Ada insurance yang memerlukan kita membayar dulu
semua kos yang ditanggung dan claim daripada syarikat insuran apabila kita
kembali ke Malaysia.
So kita
perlu siasat atau perhalusi procedure bagaimana travel insurance nih berfungsi
sebab setiap insurance kaedah tuntutan dan bayarannya adalah berbeza. Contoh
pengalaman orang yang pernah claim insurans perjalanan adalah di PENGALAMAN CLAIM INSURANS PERJALANAN
Bagi
kakitangan kerajaan yang hendak ke luar Negara atas tujuan peribadi, Kerajaan
membiayai insurans perjalanan satu kali setiap tahun melalui Syarikat Takaful
Malaysia Berhad sehingga 22 Ogos 2018. Lepas 22 Ogos 2018, mungkin Kerajaan
Malaysia lantik syarikat insurans lain plak. So kena sentiasa alert dengan pekeliling
ye. Sekali je tau setahun, Kerajaan tolong cover. Ianya bagi perjalanan tidak
melebihi 31 hari. Boleh baca dengan lebih terperinci di INSURANS PERJALANAN KAKITANGAN AWAM BAGI TUJUAN PERIBADI
Untuk tahun
2018 nih, marilah kita sama-sama berazam untuk mengambil travel insurance
apabila kita nak berjimbaan di luar Negara, tak kisahlah kalau pergi balik hari
pun sebab malang tidak berbau.
Berbaloi ke
tak kita ambil travel insurance nih? Konsepnya sama je la dengan medical card
atau insuran perubatan yang kita ambil tuh. Kita ambil semua insurans, bukannya
berharap kita mengalami musibah tetapi lebih kepada menyediakan payung sebelum
hujan, langkah berjaga-jaga dan meminimakan risiko gittew.
Di dalam
kita menabung untuk keluar Negara seperti tabungan membeli tiket kapal terbang,
hotel, makan, aktiviti, souvenirs, etc, kita wajib masukkan sekali tabungan
travel insurance sebagai jaminan kita apabila terjadi worst case scenario.
Marilah kita
bersama-sama menjadi pelancong yang bijak ye dengan mengambil travel insurance
setiap kali kita nak pergi berjimbaan.
Dah pilih pakej insurans yang terbaik dah tentu la korang nak pergi berjalan-jalan kan? So korang nak ke mana tuh? Kalau korang tak tau lagi nak ke mana dan dok survey pakej percutian menarik dan mampu milik dengan pelbagai pilihan bagi tahun 2019 dan 2020, korang boleh tengok kat sini k PAKEJ PERCUTIAN MURAH 2019/2020
Dah pilih pakej insurans yang terbaik dah tentu la korang nak pergi berjalan-jalan kan? So korang nak ke mana tuh? Kalau korang tak tau lagi nak ke mana dan dok survey pakej percutian menarik dan mampu milik dengan pelbagai pilihan bagi tahun 2019 dan 2020, korang boleh tengok kat sini k PAKEJ PERCUTIAN MURAH 2019/2020
#Untuk member den yang tak
reti-reti nak ambil travel insurance tuh walaupun dok ke hulu ke
hilir, next time kalau kita pergi berjalan-jalan bersama dan engkau masih tak
nak ambil travel insurance, sekiranya engkau terpleot semasa kita berjimbaan
tuh, memang den tinggalkan je engkau kat tempat orang ye.
2 Comments
hai kak nak tanya, kak bayar RM52.50 tu untuk 1 family ke?
ReplyDeleteSorry puan tak perasan komennya. RM 52.50 adalah untuk seorang individu. Harga pakej untuk keluarga saya tak tengok pula puan
Delete