Cita-Cita Tergendala Sebentar Akibat Geostorm
Sejak si F tengok cerita Upin Ipin yang ada
pasal angkasawan tuh, dia memang nak sangat jadi angkasawan….rasanya ada
setahun lebih juga la dia bercita-cita macam tuh. Macam-macam soalan la dia
tanyakan berkaitan dengan angkasawan. Den cuba la jawab sedaya upaya yang den
tau (of course ada fakta yang terpleot di sana sini termasuk jawapan yang
mungkin tersasar dari landasan yang benar).
Sekali tuh kitaorang tengok cerita Geostorm
lakonan Gerard Butler pasal misi nak menyelamatkan dunia akibat stesen angkasa
lepas disalahguna oleh State Secretary USA untuk merampas kuasa daripada
Presiden USA.
Jalan cerita memang dah macam cliché sangat
tapi masih best je la. Of course la kan Gerard Butler sebagai hero adalah sangat
terror nak mengelakkan dunia daripada ancaman bencana alam yang digelar
geostorm yang dicetuskan oleh satelit-satelit akibat konfigurasi maklumat di
stesen angkasa lepas tuh. Ada la a few scenes yang melibatkan hero dan beberapa
pelakon lain kena pakai baju angkasawan untuk buat siasatan, etc.
Of course akhirnya hero berjaya menyelamatkan
bumi serta menangkap dalang guling dalam lipatan di dalam pentadbiran Kerajaan
USA tuh.
Dialog di bawah berlaku selepas habis je
kitaorang sekeluarga menonton filem nih.
F : Mama…..abang rasa abang tak nak jadi
angkasawan la?
Den : Eh…kenapa tak nak jadi angkasawan?
F : Nanti ada banyak benda meletup-letup dan
terbakar macam dalam cerita tuh.
#ada scenes yang seumpama itu dalam movie
Geostorm terutamanya masa ada kerosakan peralatan di stesen angkasa lepas, etc.
Den : Itu cerita je abang. Kalau abang kerja
elok-elok nanti, biasanya akan jadi okay je.
F : Tak nak la mama. Abang takut la nanti
terjatuh semua. Lepas tuh cedera. Lepas tuh mati. Nanti abang jadi benda lain
ye?
Thanks to Gerard Butler dan Geostorm yang
membantutkan sebentar cita-cita buah hati den tuh. Trauma budak tuh. Sampai
hari ini masih belum jumpa cita-cita baru.
0 Comments