Sudah semestinya setiap kali tahun baru (tak kisah la berganti tahun baru Islam ke tahun biasa ke), biasanya ramai orang akan berazam untuk jadi lebih baik, a better person, a kind hearted person, lebih istiqamah, etc.

Itu jua la harapan den bukan kata setiap tahun, setiap masa bila termuhasabah diri. 

Walau macam mana pun, ada beberapa perkara yang den harap sangat dapat buat pada tahun nih.

1. Gaya hidup sihat - Reduce cholesterol level. Eat healthy. Continue with the only exercise that I love so far iaitu zumba. 

2. Spend lots of time with kiddos. Cepat sangat diaorang nih besar. F pun dah mula segan bila den kiss dia. Kecik hati den hehehhehehe. A pun dah lama hilang bau baby. Selagi mana den diperlukan untuk menjadi raksasa menentang diaorang yang menjadi Ultraman, in sya Allah I will try to do it coz I know I will miss these moments soon.

3. Hopefully dapat baca 2 buah buku sebulan. Nak kurangkan kekerapan membeli buku pun iya juga tapi entahlah kan sebab awal Bismillah 3 Januari 2018 hari tuh dah beli 5 buah buku baru muhahahhahahaa. 

4. Muhasabah diri - nih wajib sangat-sangat buat sebab tahun nih dah masuk 40 tahun. Patut dah lebihkan akhirat dan kurangkan dunia camtuh la kan. Lets pray I could be better in this matter.

5. Financial - harap dapat simpan duit lebih banyak untuk kesinambungan hidup yang lebih selesa. 

6. On blogging - harapnya akan ada semangat untuk tetap mencoretkan sepatah dua kata di blog ini secara berterusan.

My ex-boss asked me what my utmost hope is for 2018. I really wish to embark on different journey on the career path.

Semoga kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam kita pada tahun nih ye.

In sya Allah.

0 Comments