Alhamdulillah diberikan rezeki oleh Allah untuk melalui 365 hari pada tahun 2017. 

So anekdot untuk tahun 2017: 

1. Kesihatan - Alhamdulillah kitaorang the whole family dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun 2017. Cuma paras kolesterol den masih kekal tinggi tak tau dah nak buat macam mana sebab kecintaan terhadap makanan adalah sangat melampau.

2. Books - Walaupun den berazam nak baca sekurang-kurangnya 1 buku sebulan, akhirnya den hanya berjaya baca 11 buah buku sebab terpesona dengan Candy Crush dan FB.

3. Family - Kitaorang ada rezeki untuk spend masa dengan the kiddos pergi ke pelbagai tempat.

4. Gaya hidup sihat - Berjaya berzumba sebanyak 46 kali pada tahun nih. Den gembira je sebab untuk orang yang tak suka bersenam, ianya adalah pencapaian yang agak memberangsangkan. Eat healthy and detox nih memang kurang memberangsangkan pencapaiannya tapi ada la den buat sekupang dua.

5. Oversea trips - tahun paling banyak den pergi berjalan ke overseas sepanjang 39 tahun hidup den. Bali, London, Yogjakarta dan Jakarta.

6. Financial - lots of things happened here. Ada yang positif dan ada yang mengerikan.

7. Muhasabah diri - Membaca semula Quran setelah bertahun-tahun ditinggalkan. Diberikan rezeki untuk membuat ibadah korban. Berjaya memulakan marathon ganti puasa yang telah sekian lama tidak berganti.

8. Kerjaya - Berjaya update resume dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut format yang agak fancy tetapi yang den suka. Menghantar resume kepada beberapa pada penghujung Disember 2017.

9. Lagho - Berjaya membeli tiket konsert Bruno Mars bagi konsert 24K Magic Tour pada 9 Mei 2018. Tengok konsert for the first time in my life. Konsert EMOJI di UiTM Shah Alam pada 22 Disember 2017.

#Lepas point muhasabah diri ada cerita lagho la pulak…..matilanak….

10. Pencapaian Tabung Warna Warni - den amat gembira sebab daripada tabung nih, den berjaya buat korban, tampung hampir 70% kos sesi berjimbaan den ke overseas. Tidak termasuk jasa tabung nih di kala den sesak-sesak masa tak dapat gaji lagi hehehehehhe.

Den wrap up 2017 by attending an interesting interview in end of December 2017. Not many interviews will need you to sing any song that come to your mind at that time spontaneously and dance to the impromptu song chosen by the interviewers. What an interview. Thank you for the experience.

Alhamdulillah untuk semua perkara yang berlaku dalam hidup den sepanjang tahun 2017 nih. Yang mana yang elok-elok tuh diraikan dan dikenang-kenang. Yang mana yang terpleot tuh dijadikan sempadan dan lessons untuk kehidupan mendatang.

Semoga tahun 2018 nih lebih banyak perkara-perkara positif berlaku dalam hidup den hendaknya…in sya Allah.

0 Comments