Beberapa hari kebelakangan ini, banyak arus media massa berkongsi maklumat tentang kematian Jonghyun iaitu seorang ahli kumpulan SHINee, salah satu kumpulan KPop yang terkenal akibat membunuh diri kerana kemurungan (depression).

Dalam dok membaca komen beberapa pihak tentang kemurungan, den terjumpa pautan tentang Ujian Saringan Tahap Kesihatan Mental oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. 

Ada 21 soalan yang ringkas disediakan di pautan tersebut yang jawapannya ada 3 sahaja iaitu Tidak Pernah, Jarang dan Selalu.

Sesiapa yang hendak menilai tahap kesihatan mental diri sendiri boleh pergi ke pautan Ujian Saringan Tahap Kesihatan Mental

Saja je la den ambil ujian nih sebab den rasa tahap mental den okay je walaupun kadang-kadang ada perasaan kosong, blur, etc. Kadang-kadang terlupa dah solat berapa rakaat (memang jangan dikecam la kan kenapa tak kusyuk), terlupa dah sabun ke belum semasa mandi (sebab banyak sangat fikir pasal macam-macam hal), perasaan Monday blues yang sangat melampau sehingga kadang-kadang berlarutan sampai ke hari Rabu (adakah ianya menjadi Wordless Wednesday blues?), kemalasan nak bekerja (asyik terfikir nak EL dan MC), etc.

Sekali bila terima email tentang keputusan ujian nih melalui email, terkujat den sebab menurut email tersebut:

Tahap Stress: Normal (6)
Tahap Kemurungan: Sederhana (8)
Tahap Anzieti (Kerisauan): Ringan (5)

“Keputusan di atas menunjukkan anda mempunyai tahap kesihatan mental yang tidak normal. Ini hanya saringan dan bukan diagnosis. Sila bawa email ini ke klinik kesihatan berdekatan di tempat anda untuk pengesahan diagnosa dan intervensi susulan”. 

Email tersebut siap sertakan pautan untuk senarai Klinik Kesihatan dan pautan bagi Depression Survivors (Malaysia) di Depression Survivors

Serious den terkejut dengan result nih. 

Setakat nih tak pasti tindakan apa yang patut diambil untuk memastikan kesihatan mental lebih baik.

0 Comments